Bab 8 🕊️

862 62 1
                                    


Semalaman Safiyya menangis ketakutan di dalam stor yang gelap tanpa sebarang lampu. Dia menyorok dibawah meja sambil memeluk rapat lutut ke dada.

Dia sedaya upaya mengawal pernafasannya. Dia sangat takut dengan gelap, dia juga akan mengalami masalah pernafasan jika terlalu takut.

"Kenapa papa buat Pia macam ni. Apa salah Pia dekat papa" kata Safiyya sendirian.

Menggigil badannya apabila mendengar bunyi tikus berkeliaran di dalam stor itu. Dia mengecilkan badan dibawah meja sambil berdoa agar tikus itu tidak menghampirinya.

"Pia takut mama. Tolong Pia mama..."

Safiyya meletakkan wajahnya di lutut sambil menghabiskan sisa tangisannya. Dengan perlahan-lahan Safiyya dijemput lena.

Penat bekerja seharian masih belum hilang, ditambah dengan penat menangis pula. Apalah nasib Safiyya yang dilayan teruk begini oleh ayah kandung sendiri.

Tidak pasti berapa lama Safiyya tertidur sehingga dia sendiri tersedar apabila mendengar kunci mangga dibuka daripada luar.

Dia menggosok mata menghilangkan sisa ngantuknya. Dia mengeluarkan sedikit kepala mengintai kearah pintu.

Sofia membuka pintu stor itu sambil menghalakan lampu suluh kedalam stor.

"Pia? Kau dekat mana?" cari Sofia apabila tidak melihat bayangan Safiyya.

"Im here..." kedengaran perlahan dan lemah suara Safiyya.

Sofia mengalihkan pandangan ke arah meja dan terbuntang luas mata Sofia melihat keadaan Safiyya.
Dengan laju dia menuju ke arah Safiyya.

Dia menekup kedua-dua pipi Safiyya dengan perasaan cemas. Pucat lesu muka Safiyya ketika itu.

"Ya allah Pia! Kau okey tak? Aku bawa kau keluar" kata Sofia sebelum memapah Safiyya keluar daripada stor itu.

Puan Sarimah yang menunggu diluar terus menerpa ke arah anak-anaknya. Sayu hatinya melihat keadaan Safiyya.

"Ya allah anak mama" nangis Puan Sarimah sebelum memeluk kemas badan lembik Safiyya.

"Kita kena bawa Pia masuk bilik mama. Pia trauma dengan gelap. Dia akan sesak nafas kalau berada dekat tempat gelap" jelas Sofia.

Puan Sarimah mengangguk laju sebelum memapah Safiyya bersama Sofia. Sofia begitu cemas melihat Safiyya lemah sehingga begini.

'Papa too much!!!' bentak geram hati Sofia.

Tuan Adam yang melihat daripada jauh hanya memerhati sahaja. Langsung tidak ada perasaan bersalah menyeksa anaknya sendiri.

Bagi Tuan Adam, Safiyya perlu diberi pengajaran supaya dia dapat mengikut jejak kakak kembarnya. Selalu membanggakan keluarga, tidak seperti Safiyya, yang hanya memalukan keluarga dengan keputusan yang teruk.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Sofia mengusap lembut rambut lebat Safiyya. Safiyya semakin membaik apabila berada ditempat yang cerah. Pernafasan Safiyya juga sudah stabil.

"Aku jaga kau ye. Papa tak akan buat apa-apa lagi dekat kau. Aku janji" bisik Sofia sebelum membaringkan badan disebelah Safiyya.

Safiyya hanya termenung memandang syiling biliknya. Perasaannya sangat kosong sekarang. Dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan.

"Sofi..." panggil Safiyya.

Sofia hanya mengumam menjawap panggilan Safiyya.

"Kenapa papa benci aku?" soal Safiyya.

Sofia menghembus nafas sebelum mengubah posisi baring melentang ke posisi mengiring menghadap Safiyya.

"Aku sendiri pun tak tahu Pia. Aku mati akal nak fikir sebab apa papa benci kau. Kau kembar aku, kebanyakkannya kita sama. Apa yang membuatkan papa rasa kau kurang daripada aku" balas Sofia.

Safiyya dan Sofia sama-sama mengeluh sebelum Safiyya tersenyum nipis. Dia memandang Sofia disebelah.

"Kau selalu banggakan papa, Sofi. Teruskan jadi kebanggaan papa. Aku hanya mampu berdoa dekat Allah supaya papa buka pintu hati dia untuk terima aku suatu hari nanti"

Sofia memandang Safiyya dengan perasaan sayu. Safiyya seorang yang sangat kuat. Walaupun dia sering dibuli, dimarahi dan macam-macam lagi. Dia tetap kuat dan tersenyum menghadapi semua dugaan yang datang.

"Kau nak tahu sesuatu tak Pia? Aku ada baca satu novel ni tau. Perempuan tu dia kahwin dengan duda" ujar Sofia.

Dia segera menukar topik perbualan mereka agar Safiyya tidak hanyut dalam kesedihan.

Safiyya tersenyum lebar apabila Sofia mengajaknya untuk berborak tentang novel. Dia sangat gilakan novel sehingga sanggup tidak makan di kolej hanya untuk mengumpul duit dan membeli novel.

"Aku tahu kau baca cerita apa" balas Safiyya.

Terangkat sebelah kening Sofia apabila Safiyya berkata begitu. Aik cepat betul dia ni tahu.

"Okey kalau kau dah baca, apa nama hero dia?" soal Sofia untuk kepastian.

"Ammar Zahrain right?" teka Safiyya.

Ternganga mulut Sofia apabila tekaannya betul yang Safiyya sudah membaca novel tersebut. Betul-betul laju adiknya ini membaca.

"Gilalah kau ni Pia. Laju betul kau baca, aku baru je beli novel tu kan?"

Tersengih Safiyya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku baca dekat online lah sebelum cerita tu diterbitkan" balas Safiyya.

Membulat bibir Sofia berbentuk O. Dia mengubah posisi kepada meniarap pula.

"Hot gila ammar tu kan Pia. Aku rasa nak cari lelaki duda macam tu juga lah. Apa pendapat kau?" soal Sofia sambil menongkat dagu.

Safiyya terus meniarap seperti kakak kembarnya. Dia juga menongkat dagu sambil tersenyum.

"Tak silap aku, kawan papa ada yang duda kan? Kau try lah, mana tahu dapat ke hehehe" balas Safiyya.

Sofia membulatkan matanya. Dia menggeleng-geleng kepalanya.

"Not my taste, tapi dekat realiti ni, ada ke duda yang macam Ammar Zahrain tu? Hm nasib aku dah suka seseorang" luah Sofia tanpa sedar dia membongkarkan rahsianya sendiri.

Safiyya terus mengalihkan pandangan memandang Sofia dengan riak wajah yang terkejut.

"Kau suka siapa Sofi? Aku kenal ke?" soal Safiyya. Mana lah tahu rakan kolej mereka dahulu ke.

Sofia berdehem apabila sedar bahawa dia sudah terlepas cakap. Terus dia pura-pura menguap.

"Aku ngantuk lah Pia. Esok lah kita sambung borak ye" lari Sofia dan terus memejamkan mata.

Safiyya mengcekik angin menahan geram dengan Sofia yang selamba badak je tidur. Akhirnya Safiyya juga memejamkan mata dan tertidur sambil memeluk bantal bercorak vespa miliknya.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now