Bab 18 🕊️

1.4K 90 2
                                    


"Lama tak healing macam ni. Sekali sekala ambil angin macam ni pun seronok juga. Tenang je rasa.."

Zaidan duduk di atas rumput tepi tasik yang indah. Dia menongkat kedua tangan ke belakang sambil matanya memandang tepat kearah tasik.

Zaidan kemudiannya membaringkan badan diatas rumput. Dia meletakkan kedua tangan dibelakang kepala untuk dijadikan bantal melapik kepala.

Dia memandang ke langit sekilas sebelum menutup mata. Itulah cara dia menenangkan fikiran. Mungkin orang yang melihat akan berfikir dia sedang tidur.

Tetapi tidak, itulah cara seorang Hanz Zaidan membuang segala masalah yang menyerabutkan fikirannya.

Sedang dia berada di dalam dunianya sendiri, fikiran Zaidan mula dipenuhi dengan permintaan Puan Zalikha. Dia minta menantu mat.

Dengan secara tiba-tiba, wajah Safiyya yang sedang tersenyum manis muncul di fikiran. Terus terbuka luas mata Zaidan.

"Serius lah muka dia yang keluar tadi? Aku tak berhalusinasi kan?" kata Zaidan dengan hairan.

Parah Zaidan parah. Fikirannya sentiasa dibayangi dengan wajah Safiyya. Adakah ini cinta pandang pertama?

Zaidan mengeluh sebelum kembali menutup mata. Jangan tertidur dekat tasik tu sudahlah.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya melabuhkan punggung di atas rumput berhadapan tasik. Dia merenung ke dalam tasik sebelum dengan perlahan airmatanya mengalir setitis demi setitis.

Semua yang dikatakan dan dilakukan oleh Tuan Adam kepadanya kembali hadir di fikiran. Kejam? Ya, itulah Tuan Adam. Kejam sebagai seorang ayah.

Safiyya memeluk lutut dan menyembam wajahnya ke lulut. Dia menangis semahunya.

Penat yang dia rasakan. Penat berjuang untuk orang yang tidak pernah menghargai segala perjuangan kita.

Sejak dari bangku sekolah, Safiyya tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ayah. Tidak dinafikan Tuan Adam akan memberi wang perbelanjaan untuk dia dan Sofia setiap bulan.

Tetapi bukan itu yang Safiyya perlukan. Dia perlukan kasih sayang dan belaian manja daripada Tuan Adam. Dia tidak perlukan wang yang banyak. Dia cuma mahu disayangi seperti Sofia.

Sofia sering mendapat hadiah jika cemerlang di dalam peperiksaan. Tetapi tidak untuk Safiyya. Yang dia dapat hanyalah hinaan dan makian daripada Tuan Adam.

Sijil Pelajaran Malaysia, Sofia merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan menjadi pelajar terbaik didalam negeri. Manakala Safiyya hanya kurang 1A daripada Sofia.

Safiyya dikurung di dalam stor belakang rumah ketika Tuan Adam mengadakan majlis sempena menyambut kecemerlangan puteri sulungnya, Andara Sofia.

Jika kenalannya bertanya tentang Safiyya, pasti dia akan menukar topik perbualan mereka. Sebolehnya dia tidak mahu kenalannya kenal puteri keduanya, Andara Safiyya.

Safiyya sering dimarahi kerana tidak mengikut kepandaian Sofia didalam pelajaran. Kata Tuan Adam, Sofia dan Safiyya kembar, pasti akan memperolehi pencapaian yang sama.

Tuan Adam masih menjaga dan menyara Safiyya hanya kerana pujukan daripada Sofia dan Puan Sarimah. Jika mereka tidak menghalang, pasti Safiyya sudah diusir keluar dari rumah.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now