Bab 32 🕊️

1K 84 4
                                    


"Abang, jom makan. Saya dah siapkan sarapan pagi"

Pelawa Puan Sarimah buat kali kedua. Namun Tuan Adam hanya mendiamkan diri. Masuk hari ini sudah seminggu Sofia dan Safiyya berkahwin.

Sejak hari pertama Sofia dan Safiyya berpindah, Tuan Adam menjadi seorang yang pendiam. Hobinya termenung sahaja.

Puan Sarimah menggaru kepala yang tidak gatal bila panggilan tidak disahut. Dia menepuk lembut tangan Tuan Adam yang sedang termenung.

"Abang.." panggil Puan Sarimah dengan lembut.

Tersentak Tuan Adam. Dia menoleh memandang Puan Sarimah yang berada di sebelah.

"Abang ni kenapa? Muram je dua tiga menjak ni. Abang tak sihat ke?" soal Puan Sarimah dengan prihatin.

Walaupun mereka sering bergaduh, dia tetap mengambil berat tentang suaminya. Dia cuma kecewa dengan Tuan Adam kerana memilih kasih kepada anak-anaknya sendiri.

"Abang rindu Sofi. Semalaman abang cuba call dia tapi takdapat" luah Tuan Adam. Sayu wajah Tuan Adam mengenangkan anak kesayangannya langsung tidak menghubunginya.

Mengeluh Puan Sarimah. Dia mengusap bahu Tuan Adam. "Sofi kan baru je mendirikan rumahtangga. Dia pergi honeymoon lah tu. Nanti mesti dia datang sini tengok abang" pujuk Puan Sarimah.

Belum sempat Tuan Adam membalas, kedengaran loceng rumah berbunyi. "Abang rasa tu mesti Sofi!" ujar Tuan Adam dengan senyuman lebar.

Dia bangun dengan laju menuju ke pintu rumah. Dia terus membukanya. Terpampang wajah Safiyya dan Zaidan yang sedang berdiri dihadapan pintu.

Makin mengendur senyuman Tuan Adam. Bukan ini yang dia harapkan! Dia nak Sofia dan bukan Safiyya!

"Kau buat apa datang sini? Aku taknak tengok muka kau. Kau tak payah acah baik datang sini nak jenguk aku!" marah Tuan Adam.

Kosong sahaja wajah Safiyya memandang Tuan Adam. Dia senyum sinis sebelum tertawa kecil.

"Saya datang sini nak melawat mama saya. Salah ke?" balas Safiyya.

Terkebil-kebil Tuan Adam bila Safiyya sudah pandai membalas kata-katanya. Sebelum ini Safiyya hanya diam dan menangis sahaja.

"Kenapa? Tuan Adam terkejut ke tengok saya dah pandai balas?"

Safiyya merapatkan diri dengan Tuan Adam bersama senyuman sinis.

"Pia yang sekarang bukan Pia yang dulu lagi. Yang senang untuk orang macam Tuan Adam pijak!"

Zaidan hanya memeluk tubuh dan tersenyum senget melihat kebangkitan sang isteri. Dia ada menasihati Safiyya agar bangkit dari kekecewaan. Safiyya harus  kuat kerana Zaidan sentiasa bersiap menjadi pelindungnya.

"Lepas kahwin makin kurang ajar kau kan? Memang patut aku tak mengaku kau ni anak aku! Kau dengar sini Pia. AKU. BENCI. KAU!" kata Tuan Adam dengan wajah yang bengis.

"Pia memang bukan anak kesayangan papa, tapi ingatlah. Bila papa susah nanti, anak yang papa benci ni lah yang akan tolong papa" kata Safiyya dengan yakin.

Tuan Adam merasa tercabar apabila Safiyya semakin berani melawannya sekarang. Dia terus masuk kedalam rumah dan menuju ke bilik tidur. Dia menghempas kuat pintu bilik.

Zaidan memeluk bahu Safiyya yang menghela nafas berat. Dia mengusap lembut bahu Safiyya.

"Ingat apa yang aku selalu pesan dekat kau. Hormati orang yang hormat kau. Sayangi orang yang sayang kau"

"They dont deserve your kindness if they hurt you" kata Zaidan.

Safiyya memandang Zaidan sekilas sebelum tersenyum manis. He always be my no 1 supporter.

"Piaa..." panggil Puan Sarimah dengan lembut.

Safiyya mengalihkan pandangan kearah suara halus yang sangat dirinduinya. Dengan laju dia menanggalkan kasut dan berlari masuk kedalam pelukan Puan Sarimah.

"Mama rindu Pia.." rintih Puan Sarimah. Mengalir lebat airmata ke pipi. Dia mengusap belakang badan Safiyya sambil mencium tepi kening anaknya.

"Pia pun rindukan mama. Pia minta maaf baru harini Pia sempat datang jenguk mama" balas Safiyya sebelum mencium pipi Puan Sarimah.

Puan Sarimah melepaskan pelukan dan memandang kearah Zaidan yang tersenyum nipis. Zaidan terus menyambut huluran tangan Puan Sarimah.

Dia bersalam sebelum mengusap lembut tangan ibu mertuanya. Sayu hatinya melihat wajah muram Puan Sarimah.

"Mama kena teruskan kuat. Mama jangan risau, Zaidan jaga anak mama ni dengan penuh kasih sayang" pujuk Zaidan.

Puan Sarimah menyeka air di pipi sambil tersenyum. Dia mengangguk laju. "Mama yakin Pia mesti bahagia dengan Zaidan. Kalau Pia bahagia, mama pun turut bahagia"

"Pia bahagia sangat mama. Pia jumpa lelaki yang tepat untuk Pia. Walaupun kekadang menyakitkan hati hehe" gurau Safiyya.

Dia mengusap belakang Puan Sarimah dengan lembut. Walaupun rumah ini mempunyai seribu kenangan pahit dalam hidup Safiyya, namun dia tetap akan datang kesini jika ada masa terluang.

Kerana masih ada yang menyayanginya disini. Mama adalah segala-galanya bagi Safiyya. Sebelum Safiyya berkahwin, mama adalah punca sebenar Safiyya terus kuat dan terus hidup.

Tetapi sekarang, Zaidan dan keluarga mertuanya juga menjadi pemberi semangat kepadanya. Dia bersyukur dikurniakan mertua yang sangat baik dan memahami.

Sekarang Safiyya berasa lebih kuat dan tenang disamping Zaidan. Suaminya sering memberi kata-kata semangat agar Safiyya terus kuat menghadapi segala dugaan.

"Dah dah, jom makan. Mama ada masak nasi goreng untuk sarapan pagi. Kita makan sekali" ajak Puan Sarimah.

"Papa tak makan sekali mama?" soal Zaidan sebelum memandang Safiyya sekilas.

Puan Sarimah hanya senyum nipis. "Nanti papa makanlah. Kita makan dulu ye, jom".

Tuan Adam yang mendengar dari dalam bilik makin terasa panas. Panas kerana Safiyya sudah berani melawan dan juga kerana Zaidan sentiasa memberi pandangan membunuh kepadanya.

Walaupun dia tidak tahu sepenuhnya tentang Zaidan, tetapi dia dapat merasakan yang Zaidan bukan sembarangan orang.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now