Part 17 🕊️

1.3K 90 0
                                    


"Finallyyy...dah boleh jogging balik"

Selama seminggu Safiyya terperap di rumah kerana kakinya terseliuh. Dan hari ini, dia merasakan yang kakinya sudah sembuh sepenuhnya.

Safiyya mencangkung di hadapan pintu rumah untuk memakai kasut sukan. Dia akan menyambung kembali aktiviti hariannya iaitu jogging di tasik.

"Morning Pia" ucap Sofia yang keluar daripada rumah pada waktu yang sama. Dia juga bersiap hendak keluar memandangkan hari ini cuti hujung minggu.

Safiyya menoleh memandang kembarnya yang segak bergaya pagi ini. Safiyya menjongket sebelah kening keatas. Dia bangun dari cangkung dan memandang hairan.

"Dah kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Sofia.

"Kau nak pergi mana? Hari ni kau cuti kan?" soal Safiyya kembali.

Sofia menjuling bola mata keatas sebelum memakai kasut tumit tingginya. Dia membetulkan sedikit rambut sebelum tersenyum penuh makna kepada Safiyya.

"Aku nak pergi jumpa buah hati aku lah" balas Sofia sambil melangkah kearah kereta yang berada di dalam garaj.

'Buah hati? Dia ada buah hati?' fikir Safiyya sendirian.

Sofia membunyikan hon sebelum keluar daripada kawasan rumah. Dia melambai sekilas kearah Safiyya sebelum menaikkan tingkap.

Safiyya yang masih bingung itu hanya tercegat dihadapan pintu. Dia mengetuk dagunya sambil berfikir.

"Pia"

Tersentak Safiyya yang sedang hanyut dalam dunianya sendiri. Dia menelan liur apabila mendengar suara Tuan Adam daripada belakang.

"Err Pia pergi jogging dulu papa, Assalamualaikum" terus Safiyya berlari kearah motornya. Dia memakai helmet sebelum menghidupkan enjin.

Tuan Adam hanya diam membisu sahaja memandang Safiyya yang seakan lari daripadanya. Dia tidak terkesan sedikit pun jika Safiyya melarikan diri daripada bertembung dengannya.

Safiyya naik keatas motor sebelum memulas throttle keluar daripada kawasan rumah. Seperti biasa, santai sahaja pemanduan Safiyya.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya meregangkan otot terlebih dahulu sebelum memulakan lariannya. Sengaja dia memilih untuk jogging di tepi tasik. Angin damai daripada tasik itu membuatkan dia rasa tenang.

Safiyya memberhentikan larian sebentar apabila tali kasutnya terbuka. Dia mencangkung sambil membetulkan ikatan tali kasut.

"Kalau nak ikat tali kasut, boleh berhenti dekat tepi kot? Jangan halang jalan orang cik adik" tegur seseorang daripada belakang.

Safiyya mengerut kening seakan kenal dengan suara lelaki itu. Terus dia mendongakkan wajah dan memandang ke belakang.

Terbuntang luas mata Safiyya memandang gerangan yang menegurnya. Tidak ketinggalan, lelaki itu juga terkaku melihat cik gadis yang menghalang jalannya.

"Tuan!"
"Kau!"

Tegur mereka serentak. Safiyya bangun berdiri tegak dihadapan Zaidan yang sedang menunduk untuk memandangnya.

"Tuan pun jogging dekat sini jugak ke?" soal Safiyya. Dia menyembunyikan senyuman teruja apabila bertemu dengan lelaki yang dia minati.

Manakala Zaidan juga menyimpan senyum apabila tidak sengaja berjumpa dengan gadis yang dirinduinya.

"Aku saja tukar selera nak jogging dekat sini pulak. Kau tengah jogging ke?" soal Zaidan.

"Eh taklah, saya tengah jual nasi ayam dekat sini. Nak beli tak? Sedap tau" gurau Safiyya.

Zaidan memberi pandangan sisi yang tajam. Main-main eh.

"Takpalah, macam tak sedap" balas Zaidan

"Aku nampak macam kau yang sedap sekarang ni" sambung Zaidan tetapi memperlahankan suaranya.

Safiyya yang tidak mendengar dengan jelas itu terus mengerutkan kening. Dia merapatkan diri dengan Zaidan.

"Tuan cakap apa tadi? Saya tak berapa dengar lah" kata Safiyya.

Zaidan berdehem seketika. Entah kenapa, dia merasa berdebar apabila Safiyya berada dekat dengannya.

'Aku ni dah jatuh cinta ke?!' soal hati Zaidan.

Begitu juga dengan Safiyya yang tiba-tiba merasa berdebar apabila sedar yang dia berani merapatkan diri dengan Zaidan.

Dia mengundur sedikit beberapa langkah. Tersengih malu Safiyya sambil menggaru belakang kepala.

"Err takpalah tuan, saya sambung jogging dulu. Jumpa lagi" ucap Safiyya sebelum berlari laju meninggalkan Zaidan sendirian. Dia malu sebenarnya.

Terlepas tawa kecil Zaidan melihat sikap gelabah gadis cantik itu.

"Itu bukan jogging sayang, itu dah macam masuk acara lari 100m. Kemain laju joggingnya" tergeleng kepala Zaidan memikirkan si Safiyya.

Dia memainkan lagu di airpod dan kembali menyambung lariannya. Santai sahaja larian Zaidan sambil mengambil angin daripada keindahan tasik disitu.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Arash mengangkat wajah apabila loceng pintu cafenya berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk.

Terkaku Arash melihat pelanggan yang datang seawal 9 pagi ni. Fuhh bidadari kiriman tuhan ke ni?

"Hi babun, cafe dah buka ke?" soal Sofia. Dia berdiri dihadapan Arash yang sedang mengelap meja.

"Kalau belum buka, macam mana kau masuk? Halimunan ke kau ni shopee?" balas Arash.

Sofia menjeling manja. Dengan selamba dia melabuhkan punggung di kerusi yang Arash sedang bersihkan.

"Shopee..." meleret geram suara Arash memanggil.

"Ye babun, kenapa panggil-panggil ni?" balas Sofia sambil tersenyum bangga. Bangga kerana dapat mengenakan si babun ni.

Arash menarik nafas sebelum menghembusnya. Dia menongkat tangan di meja sebelum merendahkan sedikit badannya.

"Kau nak makan apa hm? Aku masakkan untuk kau, memandangkan chef aku belum datang" soal Arash dengan lembut.

Tersengih Sofia mendengar offer daripada Arash. Ditambah pula dengan suara lembut Arash. Betul-betul mencairkan hatinya.

"I want double cheese croissant and ice cappucino" pesan Sofia sambil tersenyum manis.

Arash mengangguk sekilas sebelum kembali berdiri tegak. Dia memandang kain basah di tangan dan Sofia secara bersilih ganti.

"Nah kau sambung lapkan meja kejap, aku nak masak" ujar Arash sambil melempar kain itu keatas meja.

Ternganga luas mulut Sofia memandang belakang Arash yang sedang menuju ke kaunter.

Aku kena lap meja? Tak sweet betul si babun ni ish!

Dengan perasaan sebal Sofia menyambung kerja Arash mengelap meja. Dia memandang Arash yang berada di kaunter secara diam-diam.

'Hensemnya lah dia ni. Babun pun babun lah, janji hensem' bisik hati Sofia.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now