Bab 34 🕊️

997 81 1
                                    


"Mulai hari ni, kau diberhentikan kerja. Aku akan bayar gaji untuk bulan ni walaupun kau baru kerja 3 minggu lebih. Jangan tanya kenapa dekat aku, kau tanya suami kau sendiri. Thanks..."

Berkerut kening Safiyya membaca pesanan mesej dari Aayden pada pagi ini. Dia yang baru sahaja bangun dari tidur terus tercengang.

'Aku diberhentikan? Tapi kenapa? Kenapa tuan Aayden suruh tanya abang?' pelbagai soalan bermain difikiran Safiyya.

Dia menyelak selimut tebal dan turun dari katil. Dia memandang sekeliling mencari sosok tubuh tegap idamannya.

"Baby Han..where are you?" panggil Safiyya.

Terkalih Safiyya memandang kearah pintu wardrobe yang terbuka dari dalam. Memincing mata Safiyya melihat Zaidan yang hanya berseluar pendek tanpa baju.

Namun tanpa dia sedar, dia merenung badan Zaidan tidak lepas. Ralit dia mengira ketulan otot di badan Zaidan.

Zaidan memetik jari dihadapan wajah Safiyya.

Tersentak Safiyya. Terus dia berdehem mengawal malu. Tak malu betul usya suami macam tu. Eh suami kita, suka hati kita lah.

"Dah puas pandang badan aku? Nak pegang sekali tak?" usik Zaidan dengan senyuman nakal.

Safiyya menayang wajah geli. "Ei siapa tah yang pandang badan dia. Perasan je".

Dia melipat tangan ke dada sebelum menjongket sebelah kening keatas. Garang betul lagaknya.

"Dah kenapa kau? Macam ketua kelas nak marah pelajar sebab bising je gaya kau ni.." loyar buruk Zaidan.

Mengecil mata Safiyya melihat Zaidan berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.

"Kenapa tuan Aayden berhentikan Dara?" soal Safiyya dengan wajah yang sengaja digarangkan.

Zaidan menelan liur. "Bos kau Aayden kan? Pahal kau tanya aku pulak? Tanya lah dekat bos kau sana.." balas Zaidan.

Gugup jantung abang Zaidan sekarang.

"Jangan nak pura-pura tak tahu Hanz Zaidan bin Hanif. Dia suruh Dara tanya abang sendiri kenapa Dara diberhentikan"

"Lebih tepat kenapa abang suruh dia berhentikan Dara.." sambung Safiyya lagi.

'Fuh dia sebut nama penuh. Ini betul-betul serius. Hadap jelah' bisik hati Zaidan.

Zaidan menghembus nafas dan mengangguk kepala. "Yes, memang aku yang suruh dia berhentikan kau. Puas?" balas Zaidan.

Wajah Zaidan juga semakin menegang menunjukkan yang dia sedang serius sekarang.

"But why abang? Dara kerja tak sampai sebulan lagi tau" rengek Safiyya.

"Bagi aku sebab kenapa kau nak kerja?"

"Sebab Dara nak kerja lah! Dara kena kerja jugak" balas Safiyya dengan laju.

Zaidan mengangguk. "Reason invalid. Thanks"

"Ei baby Han! Dara nak kerja. Dara nak tolong abang cari duit jugak!" monyok Safiyya.

Zaidan memeluk tubuh dengan wajah serius. Nak kena ajar sikit budak comel ni.

"Buat apa kau kerja kalau aku boleh tanggung kau? Sekalipun kita ada anak nanti. Aku masih mampu untuk tanggung keluarga kita, Dara.."

"Apa guna aku sebagai suami kalau biarkan isteri aku kerja penat-penat hanya sebab nak tolong aku? Lagipun aku bukan nak berlagak, tapi kau lupa ke siapa suami kau sekarang ni?"

Safiyya menundukkan kepala apabila merasakan suasana semakin tegang. Suara Zaidan juga kedengaran semakin serius dan dingin.

Zaidan mendongakkan wajah Safiyya dengan menekup pipi isterinya. Dia mengusap lembut pipi Safiyya dengan ibu jari.

"Baby Dara..listen here"

"Aku tak izinkan kau pergi kerja bukan sebab apa. Aku nak kau jadi permaisuri dekat rumah ni. Kau layak di ratukan oleh suami kau sendiri iaitu aku, Hanz Zaidan"

"Cukuplah kau terseksa sebelum ni. Aku taknak kau rasa semua tu lagi dah. Aku nak kau rasa bahagia je sekarang"

"Bahagia dengan aku. Suami kau yang sah"

Bertakung airmata Safiyya mendengar luahan Zaidan. Dia merasa berdosa kerana tersalah faham dengan niat suaminya.

Dia juga merasa bersalah kerana masih belum menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Walaupun Zaidan tidak memaksa, tetapi dia tahu, suaminya juga pasti menahan nafsu.

"Baby Han..." panggil Safiyya dengan suara menahan sebak. Mencebik kebawah bibir Safiyya.

"Yes sayang"

"I love you so much!" ucap Safiyya sebelum dengan laju menyembamkan wajahnya di dada Zaidan.

Tersenyum lebar Zaidan mendengarkan ucapan paling istimewa baginya. Walaupun bukan kali pertama, tetap membuat hatinya bersorak gembira.

"I love you too my pretty wife. My world. My treasure. My precious and my everything" balas Zaidan.

Dia menghadiahkan kucupan penuh kasih sayang di ubun-ubun Safiyya. Betapa sayangnya dia kepada isteri kecilnya ini.

"Dan ada lagi satu sebab kenapa aku taknak kau kerja.."

Safiyya mendongakkan wajah. "Hm? apa sebabnya?" soal Safiyya dengan riak polos.

Zaidan sengih lebar melihat wajah polos Safiyya. Comel!

"Sebab aku kuat cemburu. Aku taknak pekerja-pekerja lelaki dekat situ tengok kau. Aku rasa nak kurung je kau dalam rumah ni. Aku seorang je yang boleh tengok kau.."

"Cause why? It's because you're mine! Only mine!" terserlah sisi posesif Zaidan yang selama ini Safiyya sendiri tidak pernah tahu.

Safiyya senyum manis sambil mengerutkan hidungnya. Dia suka. Suka jika Zaidan obses padanya.

"Takpa, Dara faham. Tapi abang jangan menyesal tau. Dara ni selalu beli barang online. Kalau duit abang habis macam mana?" terangkat sebelah kening Safiyya.

Terjungkit hujung bibir Zaidan membentuk senyum senget. "Habiskan. Memang duit aku untuk kau pun. Duit aku, duit kau. Faham sayang?" lembut suara Zaidan membalas.

Safiyya mengangguk laju sambil tersenyum lebar. Dia kembali mengeratkan pelukan mereka. Zaidan mengangkat tinggi Safiyya dan memusingkan badan mereka berdua.

"Aaaaaaaaa baby Han!!!" terjerit suka Safiyya.

Bahagia? Yes! Itu yang dirasakan Safiyya sekarang. Pada awalnya Zaidan agak menyakitkan hati. Tetapi selepas sahaja mereka saling mengungkap kata cinta, dapat dia rasakan Zaidan berubah menjadi lelaki yang paling memahami dan bertanggungjawab.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now