Bab 13 🕊️

954 65 3
                                    


"Arghhhhhh!!!!"

Zaidan menutup kedua-dua telinga apabila Safiyya menjerit disebelahnya. Pergh macam tertelan mikrofon je gaya dia menjerit.

"Tahan lah sikit, kau menjerit macam nak bagi satu taman ni dengar" kata Zaidan dengan tak ada perasaan.

Puan Zalikha menggeleng kepala sahaja melihat anak terunanya yang tiada perasaan itu. Dia memicit dengan perlahan kaki Safiyya yang terseliuh.

"Adan ni, normal lah kalau dia jerit. Kaki dia terseliuh ni tahu tak?" marah Puan Zalikha.

Safiyya menekup mulut dengan kedua-dua tangan agar jeritnya tidak terlepas lagi. Dia menahan sakit yang teramat sekarang ini.

"Aunty dah urut kaki Sofia, InshaAllah tak lama lagi baik lah tu. Aunty balut kaki Sofia ye" kata Puan Zalikha.

Zaidan dan Safiyya hanya diam membisu apabila Puan Zalikha memanggilnya Sofia. Safiyya sudah memesan kepada Zaidan agar tidak membocorkan penyamarannya.

Puan Zalikha mengenali Sofia sebagai pembantu peribadi Zaidan sejak Sofia menghadiri majlis dirumah mereka. Dia tidak pernah sedar yang Sofia memiliki wajah yang manis seperti sekarang.

Sewaktu Sofia menghadiri majlis mereka, kecantikkan Sofia ditutupi dengan solekan yang tebal. Tetapi hari ini, solekan Sofia nipis sahaja. Menunjukkan kecantikan aslinya dengan mata berwarna hazel itu.

Safiyya menelan liur apabila mama kepada Zaidan ini merenungnya tidak lepas.

'Ada apa-apa ke dekat muka aku ni? Lipstick aku comot ke eh?' bisik hati Safiyya.

"Mama, sudah-sudah lah tenung anak dara orang. Tenung Adan je dahla" kejut Zaidan. Dia juga perasan dengan pandangan Puan Zalikha terhadap Safiyya.

Tersedar Puan Zalikha sebelum tersengih malu. Dia membalut perlahan-lahan kaki Safiyya.

"Nasib mama aku pandai mengurut tau. Kalau tak, satu hal pulak nak mencari tukang urut" kata Zaidan.

Safiyya hanya membelek kakinya yang berbalut. Kemas betul Puan Zalikha balut kaki dia. Betul-betul berpengalaman.

"Dah, Adan ni mengusik je daripada tadi. Hantar Sofia balik rumah, jangan suruh pergi office pulak" pesan Puan Zalikha.

Zaidan mengangguk sahaja. Dia terus bangun dan berlalu pergi ke pintu utama dengan selamba.

"Hanz Zaidan bin Hanif! Tolonglah angkat Sofia ni. Ya Allah budak ni kan"

Zaidan menepuk dahi apabila dia terlupa yang Safiyya tidak boleh berjalan sendiri. Terus dia menuju kearah Safiyya dan mendukungnya perlahan-lahan.

Safiyya terkaku dengan tindakan pantas Zaidan yang terus mengangkatnya. Dengan perlahan, Safiyya memegang bahu Zaidan.

"Aku tahu kau blushing kan?" bisik Zaidan mengusik Safiyya yang sudah merah pipinya.

"Adan pergi dulu mama, malamni Adan balik rumah Adan ye. Ada hal sikit. Bye i love you my queen" ucap Zaidan sebelum membawa Safiyya keluar.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Suasana di dalam kereta sangat sunyi. Dalam kesunyian itu, tiba-tiba sahaja telefon Safiyya berdering menandakan seseorang mengirim pesanan kepadanya.

Safiyya mengambil Iphonenya di dalam beg dan membuka aplikasi Whatsapp. Jantungnya berdegup kencang apabila pengirim itu ialah Tuan Adam.

Dengan perlahan dia membuka pesanan yang dikirimkan.

From : Papa 🤍
Pia pergi mana? Kenapa biarkan
Sofi sendirian dekat rumah? Pia tahu
kan Sofi tak sihat? Pia memang sengaja
nak naikkan kemarahan papa ke?

Bertakung airmatanya membaca kata-kata daripada Tuan Adam. Dia menaip untuk membalas pesanan tersebut.

To : Papa 🤍
Pia dah dalam perjalanan balik ni papa.
Pia minta maaf sebab tinggalkan Sofi sendirian.

Safiyya terus menekan butang kirim sebelum menutup telefonnya. Dia menyimpan kembali telefon didalam beg.

Dia hanya membuang pandangan ke luar tingkap sahaja sambil matanya berkelip-kelip menahan agar airmatanya tidak gugur.

Zaidan mengerling sekilas sebelum berdehem. Dia nampak perubahan daripada air muka Safiyya.

"Kau okey tak? Kaki sakit lagi?" soal Zaidan dengan prihatin.

Safiyya mengangguk sahaja. Tidak mengeluarkan suara sedikit pun. Dia penat, penat melayan kehendak papa yang hanya memikirkan Sofia sahaja.

Zaidan memberhentikan kereta di bahu jalan sebelum memandang Safiyya sepenuhnya. Dia mengambil tisu dan kembali memandang Safiyya.

"Pandang aku kejap" panggil Zaidan.

Safiyya hanya menggeleng kepalanya. Air matanya sudahpun mengalir. Dia malu dengan Zaidan.

"Andara Safiyya.." meleret Zaidan memanggil.

Dengan perlahan Safiyya memandang Zaidan dengan pipi yang sudah basah. Dia menundukkan wajahnya.

"Eyes on me Andara Safiyya" tegas suara Zaidan.

Safiyya mengangkat wajah dengan mata yang terpejam.

"I know i cross the line but yeah i'm sorry" kata Zaidan sebelum mengelap air mata Safiyya dengan tisu. Begitu fokus Zaidan mengelap agar tidak menyentuh kulit pipi Safiyya.

Tersentuh hatinya melihat Safiyya yang menangis tiba-tiba. Pasti ada yang membuat gadis cantik ini menangis.

Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya begitu lembut apabila bersama Safiyya. Sejak pertama kali bertemu Safiyya pagi tadi, hati bekunya bagaikan terusik.

"Aku mungkin tak tahu punca kenapa kau menangis, tapi satu je aku nak cakap. Jangan tahan air mata kau kalau dia nak keluar. Ingat ni, menangis tak bererti kita lemah, malah menangis itu lagi menenangkan kita"

Safiyya tidak pasti mengapa tetapi dia berasa tenang dan selamat apabila bersama lelaki ini. Walaupun dia baru sahaja mengenali Zaidan, hatinya kuat mengatakan Zaidan seorang lelaki yang baik.

Safiyya menayang senyum nipis kepada Zaidan. Dia mengesat pipi memastikan tiada lagi air mata di pipinya.

"I guess it must be true. Perempuan kalau lepas menangis memang cantik. Your eyes glow and your cheeks red like tomato"

Pujuk Zaidan sebelum kembali membetulkan duduknya. Terkedip-kedip mata cantik Safiyya memandang Zaidan dari sisi.

'Handsome and gentlemen' bisik hati Safiyya.

Zaidan meneruskan perjalanan mereka apabila melihat Safiyya sudah kembali tenang. Mujurlah dia sudah tahu di mana lokasi rumah Sofia. Tidak perlu dia bertanya kepada Safiyya lagi.

Han's Baby 🪽 [ OG ]Where stories live. Discover now