BRIDE 1

7.4K 309 26
                                    

"Kenapa you buat I macam ni Wan? Kenapa Wan?" Teresak-esak Tiara menangis selepas dia berlari keluar dari bangunan hotel. Tidak mampu lagi hendak membendung perasaan kecewa, Tiara terus berlari ke arah skuternya. Enjin dihidupkan dan dia segera beredar dari situ.

Airmata langsung tak mahu berhenti. Mencurah-curah turun membasahi pipi. Wajah nya pula sudah habis comot kerana kesan solekan yang luntur dek airmata. Tidak tahu ke maha hala yang hendak dituju, Tiara membonceng skuter nya menghala naik ke atas bukit. Dia mahu bersendirian untuk seketika.

Masih jelas terngiang-ngiang suara garau Mirwan melafazkan akad tadi. Sungguh hatinya tak mampu untuk redha dan menerima perpisahan ini. Selama sebulan ini, dia tak henti-henti meratapi dan menangisi perpisahan mereka. Sebegitu mudah Mirwan memutuskan hubungan mereka dan lelaki itu membina bahagia selepas memberinya luka.

Dia terlalu sayangkan Mirwan. Rasa sayang yang sehingga tiada lagi ruang kosong di hatinya untuk lelaki lain mendekat dan menghuni di situ. Tapi Mirwan tergamak melukai hatinya. Ke mana janji dan cinta yang seringkali lelaki itu ucapkan kepada nya selama 3 tahun ini? Kenapa sebegitu mudah Mirwan mengkhianati cinta mereka?

Skuter dihala ke tepi jalan bila dia sudah sampai di puncak bukit. Enjin dimatikan. Tiara turun dari skuter sebelum dia menanggalkan helmet di kepala. Dia seolah-olah hilang dalam dunia nya sendiri. Kaki mula mengorak langkah perlahan bersama wajah yang menunduk. Kolam mata bergenang dengan air jernih tak henti-henti sejak tadi. Dia ingatkan dia sudah cukup kuat untuk melihat Mirwan berkahwin, tapi rupa-rupanya tak. Hatinya cukup rapuh untuk melihat semua itu. Dan sekarang, ini lah natijah yang perlu dia hadap. Menghadapi rasa kecewa dan terluka itu sendirian.

"I tak mampu nak lupakan you Wan. I tak mampu. I sayangkan you..." Tiara berhenti di tengah jalan. Dia merenung permukaan jalan bertar dengan pandangan yang kabur. Airmata menitik tanpa henti.

"You bahagia ke buat I macam ni.." Tangan digenggam dengan kuat. Esakan nya semakin kuat kedengaran.

Pinnnn!!!! Pinnnnn!!!

Biarpun bunyi hon itu cukup kuat dan nyaring, namun ianya tidak mampu untuk menyedarkan Tiara dari dunia sedihnya. Dia kekal berdiri di situ, langsung tidak berganjak.

Pinnnnn!!!

Dan semakin panjang bunyi hon itu kedengaran sebelum Tiara tersedar dan menoleh. Membulat luas matanya bila ada sebuah motorsikal berkuasa tinggi sedang meluncur dengan laju ke arahnya. Namun Tiara hanya kekal membatu di situ, terasa kakinya seperti tidak berpijak lagi di permukaan jalan.

"Arghhh!!!!"

Vrooomm!!!!

Serentak, Tiara terus terbaring di permukaan jalan bila tubuhnya bergesel sedikit dengan motorsikal berkuasa tinggi itu tadi. Dan motorsikal itu pula terus meluncur laju ke depan sana sebelum terbabas ke tepi jalan. Pembonceng motor itu turut jatuh dan terpelanting ke permukaan jalan.

Tiara mengaduh bila merasakan tapak tangan nya luka dan berdarah. Baju kurungnya juga sudah habis kotor dan berdebu.

"Awwww..." Kedengaran suara pembonceng motor itu turut mengaduh tidak jauh dari situ.

Tiara berdesis sebelum dia bangun. Hujung kain nya juga terkoyak. Kasut tumitnya pula sudah terpelanting entah ke mana. Dia duduk di situ dengan dahi berkerut. Terasa berdenyut-denyut pula tapak tangan nya sekarang. Dia memerhati tapak tangan nya dengan pandangan yang berbalam-balam.

Tiara kemudian memandang ke arah sosok tubuh yang terbaring tidak jauh dari situ. Tidak pula dia mahu bangun untuk membantu. Dah dia pun jadi mangsa kemalangan, buat apa dia nak bangun untuk membantu. Dia hanya memerhati gelagat empunya badan yang bergerak-gerak di situ dengan helmet masih menutupi kepala nya.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now