"Arjuna?" Tiara memandang Arjuna dengan pandangan tidak percaya. Betul ke Arjuna yang sedang berdiri dekat depan dia ni? Ke imaginasi dia saja? Macam hari tu? Dia dah gila balik ke ni? Tak semena-mena dia ketuk kepala sendiri.
"Hey Sugar, kenapa ketuk kepala pulak ni?" Arjuna terus menarik tangan Tiara.
"Let her go!" Mirwan ketap gigi dan menghampiri Arjuna di situ. Sakit matanya melihat Tiara yang berada dalam pelukan Arjuna. Rasa nak je bagi penumbuk ke muka Arjuna tu sekarang ni.
"You! STAY AWAY FROM MY TIARA!" Jari telunjuk Arjuna sudah tepat lurus menghala ke muka Mirwan. Memberi amara supaya Mirwan tidak mendekat.
Namun Mirwan dengan selamba menepis tangan Arjuna ke tepi.
"Tiara please. Jangan semudah itu ikut dan percaya dengan orang yang you tak kenal sepenuhnya" Suara Mirwan menderam kasar. Tangan mahu menarik Tiara namun Arjuna pantas menepis tangan nya.
"Kau jangan nak sentuh-sentuh dia. Aku patahkan tangan kau nanti!" Arjuna memberi amaran lagi.
Tiara yang mahu melepaskan diri dari pelukan Arjuna, semakin lemas pula dirasakan bila lengan kiri Arjuna semakin kemas memeluk tubuhnya.
"Kau lepaskan dia lah!" Mirwan menjerkah. Tak tertahan rasa cemburu nya melihat Tiara kena peluk dengan Arjuna. Melampau!
"Sayang, ini ke mangkuk ayun yang tak malu angkat call abang siang tadi?"
Hampir nak tersedak air liur Tiara dibuatnya. Arjuna ni, susah betul nak ramal. Bila masa dia boleh berada dekat Tokyo ni? Ke Arjuna ni dah macam superman? Boleh terbang bila-bila masa je yang dia suka? Dan lagi satu, sayang? Abang? Oh tuhan, apa yang sedang berlaku ni? Arjuna ni memang suka nak buat dia rasa sesak nafas, tak cukup oksigen. Rasa nak pitam pun ada juga sekarang ni dengan perangai Arjuna ni. Jangan lah dia pengsan sekali lagi macam kejadian hari tu. Buat malu je.
"Sugar abang, abang tanya ni kan?" Sengaja Arjuna kuatkan suara, mahu menyakitkan hati Mirwan. Kalau boleh cium, memang dia cium dah Tiara ni depan Mirwan tu. Biar Mirwan tu terus rasa nak bunuh diri tengok. Biar padan muka dia. Memang spesis tak faham bahasa sungguh! Berkali-kali dah kena warning pun masih lagi nak menganggu Tiara.
"Ha, err.." Tiara mengintai sedikit melihat Mirwan dibelakang nya. Memang tenggelam habis tubuh kecil nya dalam dakapan Arjuna yang tinggi hampir separuh dari tubuh nya.
"Memang betul lah kan dia mangkuk ayun yang gila tu?" Soal Arjuna lagi.
Tiara hanya mengangguk kecil. Dia tak nak lah ada pergaduhan yang berlaku dekat sini. Buat malu je nanti kalau bergaduh dekat tempat orang.
"Tunggu sini kejap. Abang settle kan mangkuk ayun ni dulu. Jangan ke mana-mana tau sayang" Arjuna kenyitkan mata seraya melepaskan pelukan sebelum dia meluru ke arah Mirwan dan menarik Mirwan menjauh sedikit dari situ.
Tiara hanya mampu memandang dengan mata tak berkelip. Dia berdiri kaku di situ seperti sudah terkena sumpah menjadi batu. Tak dapat nak bergerak ke mana-mana. Kalau ikutkan hati dia sekarang ni memang dia nak berlari balik ke hotel je. Lebih selamat dia rasakan dari berdepan dengan dua orang lelaki yang sukar nak diramal perangai mereka tu. Betul-betul buat hidup dia haru-biru lah trip kali ni. Ni semua gara-gara Mirwan yang tak faham bahasa.
Dan Arjuna pula, dia perlukan penjelasan dari lelaki itu nanti. Macam mana dia pun boleh berada di Tokyo tiba-tiba je malam ni?
Arjuna terus mengheret Mirwan jauh sedikit dari Tiara. Tubuh Mirwan terus ditolak kasar ke dinding. Arjuna mengintai sekejap untuk memastikan Tiara masih berada di situ. Kemudian dia memandang kembali Mirwan yang hanya tayang riak selamba di situ.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...