"Kenapa aku asyik jumpa kau dekat tengah jalan ni? Jadi memang betul lah kan kau nak bunuh diri? Sini kau, aku bawa kau pergi balai polis" Arjuna bingkas berdiri. Lengan Tiara ditarik.
"Eh, jangan pegang lah!" Tiara menepis tangan Arjuna. Mencerlung matanya melihat perlakuan lelaki itu.
"Aku nak bawak kau pergi balai. Hari ni saja dah dua kali kau jadi penyebab aku eksiden. Aku dah cakap tadi, kalau aku jumpa kau lagi, aku nak sumbat kau dalam kabin bawah kapal terbang. Biar bergegar otak kau dekat dalam tu nanti"
"Lepas lah!" Dahi Tiara berkerut. Kotoran yang melekat pada baju kurung nya di tepuk-tepuk kasar. Dia mahu berlalu pergi dari situ. Malas nak peduli dengan mamat kat depan dia ni. Banyak mulut betul lah. Rimas dia dengar.
"Hei! Hei! Kau nak ke mana hah?" Pantas Arjuna mencengkam lengan Tiara menyebabkan langkah Tiara terhenti.
"Apa awak ni!" Terjerit Tiara di situ.
"Kau nak lari lagi? Lepas dua kali dah kau buat motor aku calar-balar hari ni. Aku takkan lepaskan kau selagi hutang kau dengan aku tak langsai" Arjuna berkeras. Dibiarkan saja tangan Tiara yang memukul tangan nya tanpa henti. Minah ni harus di ajar agar lebih bertanggungjawab.
"Itu salah awak sendiri lah. Bawak motor mata letak dekat lutut. Mana nya nak nampak!" Selar Tiara sakit hati.
"Eh, dah kalau kau yang salah tu, mengaku je lah. Tak payah lah kau nak letakkan kesalahan atas bahu aku pula. Kalau kau tak berdiri dekat tengah jalan, aku pun takkan eksiden lah" Bidas Arjuna geram.
"Dah tu, awak nak saya buat apa? Nak suruh saya ganti motor awak tu? Berapa harga motor tu? Nanti saya ganti" Tiara bermasam muka. Dia main bantai je cakap walaupun dia tahu memang sah-sah lah harga motor tu mahal. Big bike kot! Bukannya skuter macam dia. Eh, skuter pun mahal tau. Mana ada murah. Makan ribu raban jugak harga sebuah skuter sekarang.
"Berlagak betul" Arjuna mencebik. Dia bukannya nak sangat pun suruh minah ni ganti kerosakkan motor dia. Cukup lah kalau reti berbudi bahasa, budaya kita. Sejuk lah sikit hati dia. Ini tak, nak jugak bawak dia berperang mulut.
"Cakap lah. Berapa harga motor awak tu"
"Harga sebuah banglo. Kau ada duit nak bayar? Aku nak cash. Aku tak main hutang-hutang ni sebab aku bukan ah long" Hentam sajalah sebut. Biar padan muka minah ni terkejut dengar.
"Hah!?" Terus ternganga mulut Tiara mendengar.
Hahahaha! Kan dah kata, minah ni memang akan terkejut punya lah.
"Amacam? Boleh ganti ke? Cash!" Soal Arjuna dengan kening terangkat ke atas sambil tayang muka sinis. Sejak kejadian kemalangan pertama tadi, Arjuna perhati je muka comot Tiara ni. Dengan mata hitam kesan maskara, lipstik dah tak serupa lipstik saja dekat bibir dia, rambut kusut masai. Dah kenapa dengan minah ni eh? Macam orang yang putus harap nak hidup je rupa gaya dia.
"Ha, errr.." Tiara garu kepala. Mahal nya harga motor tu. Betul ke mamat ni?
"Err apa? Kenapa garu kepala? Ada kutu?"
"Takkan lah harga sebuah banglo. Awak nak game saya ke apa ni?" Soal Tiara tak puas hati.
"Tak ada masa aku nak game kau. Serba tak kena jadinya hidup aku hari ini. Motor calar, pakaian koyak, kaki tangan luka, hati aku pun luka..." Arjuna mengeluh.
Seketika, dia terdiam bila mendengar ada esakan halus. Arjuna kerut dahi melihat Tiara yang menunduk.
"Eh, kau kenapa ni? Kau menangis? Jangan lah kau nangis dekat sini. Nanti orang ingat aku buli kau pula. Tak sempat lagi pun aku nak buli kau, kau dah nangis" Arjuna panik.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...