Tepat jam 4 petang, Tiara bersama dengan anak-anak buah nya berkumpul di lobi hotel kerana sekejap lagi mereka akan bergerak keluar berjalan ke sekitar bandar Dongdaemun untuk membeli-belah. Selepas menerima panggilan dari lelaki misteri itu tadi, tak henti-henti Tiara melihat skrin telefon bimbit nya. Bersabar menanti lelaki itu menghantar pesanan untuk menyatakan di mana mereka akan berjumpa nanti.
"Okay semua. Lepas ni kita akan pergi ke Dongdaemun market. Dekat sana nanti, semua diberi kebebasan untuk membeli apa yang diingini. Masa diberi adalah selama 4 jam. Jadi dalam jam 8 malam kita akan kembali semula ke hotel nanti. Kita jalan kaki je sebab tak jauh pun dari sini. Boleh ke?" Soal Tiara kepada semua anak-anak buahnya.
"Boleh Tiara. Tak ada masalah. Boleh juga exercise" Jawab salah seorang makcik di situ.
Tiara ukir senyum dan mengangguk. Mereka mula bergerak keluar dari lobi hotel dan terus berjalan menyusuri laluan pejalan kaki untuk menuju ke Dongdaemun market. Biasanya kalau waktu malam, suasana di situ akan lebih meriah dengan kehadiran pengunjung.
Cuaca pula terasa semakin sejuk. Kot tebal yang membaluti tubuh dikemaskan. Tiara juga siap mengenakan snow cap di kepalanya kerana adakala nya dia memang tak tahan sejuk. Boleh selsema jadinya. Semua ubat memang dia sudah bawa siap-siap bila datang ke sini.
"Tiara, akak rasa sejuk betul lah ni. Grrrrr!!" Kak Zura pula sudah berkali-kali menggosok telapak tangan nya.
"Pakai lah glove kalau akak tak tahan. Suhu badan kita ni dah biasa dengan panas matahari, mana nya nak tahan dengan suhu sejuk macam ni"
Kak Zura terus saja menyarung glove ke tangan nya. Barulah terasa sikit haba panas meresap ke dalam tubuh.
"Nanti kalau akak nak jalan-jalan dekat market tu, akak pergi je lah eh. Saya dah janji nak jumpa dengan orang yang jumpa beg saya tu"
"Pukul berapa dia nak jumpa Tiara? Macam mana nak kenal nanti? Akak risau lah. Mana tahu orang jahat ke apa. Akak teman Tiara lah"
"Eh tak pe lah kak. Nanti saya jumpa dekat tempat awam je. Jangan lah risau"
"Hmm tak pe lah kalau macam tu. Lepas jumpa orang tu nanti cepat-cepat cari akak balik tau"
"Ye tahu. Ha tu dah nampak pun Dongdaemun Market"
"Wah! Besar giler lah Tiara!" Teruja kak Zura melihat.
"Memang besar. Syurga dunia orang Korea, tempat memborong barang-barang tau kak. Jangan sampai akak rambang mata, sudah" Tiara terus ketawa melihat reaksi Kak Zura yang sudah terbeliak matanya di situ.
"Huish! Akak ni memang pantang tengok tempat macam ni. Memang tenggelam lah akak dekat dalam tu nanti" Kak Zura sudah ketawa berdekah-dekah di situ.
Ting!
Bunyi pesanan yang masuk membuatkan mata Tiara terus bersinar-sinar. Lantas telefon bimbit yang disimpan dalam poket kot tebal nya dikeluarkan. Skrin digesek. Pesanan yang diterima dari unknown number itu terus saja dibaca.
Jigeum Dongdaemun-e itsseumnida. Seonsaengnim, yeogiro osil su innayo? (Saya sekarang berada di Dongdaemun. Cik dapat datang sini ke?) – unknown number
Pantas jemari Tiara terus membalas pesanan itu.
A, jeongmal un-i johneyo. Jigeum Dongdaemun-e itsseumnida. Eodiseo mannal su isseulkkayo? Geurigo seonsaengnimeul eotteohge alabol su innayo? (Oh kebetulan saya memang berada di Dongdaemun sekarang. Dekat mana kita boleh jumpa? Dan macam mana saya nak cam encik?) – Tiara Adelia
Arjuna membaca pesanan itu. Dia melihat sekeliling kawasan. Lebih senang kalau nak berjumpa di sini sebab tak ramai sangat orang. Dia tak nak berjumpa dalam market yang memang sah-sah sesak dengan manusia di sana. Nanti makin susah pulak Cik Tiara ni nak cam dan cari dia.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...