BRIDE 19

4.9K 347 42
                                    

"Haih! Bertuah betul Tiara ni. Dekat Korea, ada Arjuna, dekat dalam kapal terbang ada kapten pulak. Eh, eh... cantik betul gubahan coklat tu" Kak Zura kulum senyum. Dia pun sebenarnya terkejut juga dengar nama kapten tu tadi. Bijak betul Arjuna ni ye. Diam-diam menghilang dari hotel awal pagi tadi, tahu-tahu dia rupa-rupanya yang bawak kapal terbang hari ini. Nasib engko lah Tiara, terkebil-kebil tak tahu siapa kapten dekat kokpit tu.

Tiara kerut dahi sambil menoleh kak Zura di sebelah. Sedari tadi dia masih tak habis fikir sebenarnya.

"Akak tak rasa pelik ke? Tiba-tiba ada pilot bagi saya coklat ni. Saya mana ada kenalan dengan pilot"

"Alah, anggap je lah rezeki. Siapa suruh Tiara cantik sangat. Kan tak memasal dah ada secret admire. Hehe" Kak Zura masih menahan rasa geli hati.

"Hisy akak ni! Ada ke cakap macam tu. Buat bulu tengkuk saya ni meremang je lah"

"Eh betul lah. Nama pun secret admire. Tentulah meminati Tiara dalam diam. Ambik je lah. Coklat je pun. Bukan nya cincin kahwin" Kak Zura mengusik lagi.

Tiara pusingkan bebola matanya ke atas. Sudahnya, dia hanya memangku gubahan coklat itu di atas riba. Dia rehatkan tubuh dan memandang ke depan. Ada seorang pramugari dan dua orang pramugara yang bertugas dalam penerbangan hari ini.

Tidak lama selepas itu, terdengar pula ada lagu yang berkumandang dalam kapal terbang. Lagu k pop bertajuk My Girl OST k drama popular Boys Over Flower. Menggamit memori betul bila dengar lagu ni. Haih! Jiwang nya kapten tu. Tiara berkata sendirian.

"Cik Tiara" Pramugari bernama Fizah itu kembali menghampiri Tiara. Semakin pelik Tiara dibuatnya.

"Ya Miss Fizah" Tiara tegakkan duduk.

"Ni ada selimut dan bantal. Kalau Cik Tiara nak tidur ke apa nanti, boleh guna" Lantas selimut dan bantal leher itu diserahkan kepada Tiara.

"Eh, tapi saya tak ada minta pun" Namun Tiara sambut juga huluran dari pramugari itu.

"Ni kapten suruh bagi. Saya hanya menjalankan tugas sahaja" Nampak pramugari itu tersenyum-senyum.

Tiara kembali tidak senang duduk. Kapten lagi? Kalau dapat serbu, memang dia nak pergi serbu je kokpit tu nak tengok siapa kapten yang buat hidupnya jadi huru hara dalam pesawat ni.

"Kenapa kapten suruh bagi saya? Penumpang lain tak ada pun?" Tiara melihat kak Zura, kemudian penumpang yang duduk di sebelahnya. Tak ada pula mereka diberi selimut dan bantal melainkan kalau mereka sendiri yang minta.

"Kapten kata dia nak Cik Tiara selesa dan merasa selamat dalam penerbangan ni"

"Ambik je lah" Kak Zura menyampuk dengan mata yang terpejam.

"Akak nak guna tak? Akak kan nak tidur tu"

"Eh tak nak lah. Tu kapten bagi Tiara, buat apa nak bagi akak pakai pulak" Kak Zura sempat lagi mencebik di sebelah.

"Oh tak pelah Miss. Terima kasih ye. Nanti tolong cakap dengan kapten tu, jangan bagi apa-apa lagi untuk saya. Saya ni sama je dengan penumpang yang lain. Tak ada bezanya"

Pramugari itu hanya mengangguk sambil senyuman tak lekang menghiasi ulas bibirnya yang dicalit dengan gincu berwarna merah terang.

Sementara di dalam kokpit, Arjuna tak henti-henti tersenyum sejak mereka masih berada di bumi Korea tadi. Senang benar hatinya hari ini bila dia sendiri dapat membawa Tiara pulang ke Malaysia.

"Hai kapten, 3 minggu berada dekat Korea, dah jumpa soulmate ke? Siapa Tiara? Bukan main layanan kapten bagi dengan penumpang ni. First class betul" Azlan selaku pembantu juruterbang, tertawa kecil. Dia pulak yang blushing tengok sikap romantik Kapten Arjuna yang jarang sekali dapat di lihat.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now