Arjuna tiba juga di hadapan hotel. Untuk seketika, dia memandang bangunan hotel setinggi 10 tingkat itu sebelum malas-malas dia turun dari motor besar nya. Baju melayu yang sudah kotor sekadar dibiarkan. Dia pun bukannya ikhlas nak datang ke sini. Cukup lah sekadar dia tunjuk muka untuk sesaat dua, selepas itu dia akan terus berambus dari sini.
Helmet ditanggalkan. Arjuna mengorak langkah memasuki ke bangunan hotel milik Tan Sri Ilham itu. Hotel yang diberi nama KASEH sempena nama arwah mama nya sendiri. Sudah 7 tahun berlalu selepas mama pergi meninggalkannya. Konon nya Tan Sri Ilham tu setia orangnya. Tapi tak sampai 2 tahun arwah mama meninggal dulu, Tan Sri Ilham dah sibuk mencari pengganti. Dan dan pula mak tiri dia tu, bekas kekasih Tan Sri Ilham masa muda dulu. Makin lah buat dia sakit hati.
Dan sekarang hotel ini diterajui oleh Mirwan. Dia? Langsung tak berminat hendak masuk campur dalam urusan perniagaan Tan Sri Ilham. Dia ada minatnya tersendiri walaupun ditentang hebat oleh Tan Sri Ilham. Dia tidak ambil peduli. Kalau orang tua itu tak pernah nak pedulikan dia, jadi orang tua itu juga tiada hak untuk mengatur hidup dia.
"Tuan Arjuna, baru sampai ke?" Tegur Ahmad, pemandu keluarga Tan Sri Ilham.
"Ye, baru je sampai bang Mad" Arjuna ukir senyum.
"Jemput lah masuk. Tapi majlis akad nikah dan selesai tadi. Sekarang pengantin tengah bersanding"
Arjuna sekadar mengangguk dan terus berlalu masuk ke dalam. Ahmad sekadar memerhati langkah Arjuna. Dia sendiri kasihan melihat nasib Arjuna yang sentiasa di pinggirkan oleh Tan Sri Ilham. Sampaikan kekasih Arjuna sendiri pun turut mengkhinati dia. Tak ada rasa bersalah langsung ke mereka mendirikan rumahtangga atas penderitaan orang lain?
Belum lagi Ahmad kasihankan nasib Tiara. Selama ini dia hanya menjadi pemerhati ke atas apa yang berlaku dalam keluarga Tan Sri Ilham. Tan Sri Ilham tak merestui hubungan Mirwan dan Tiara kerana bagi Tan Sri Ilham, Tiara tak sekufu dengan mereka. Tak tahu dari masa asal usul, siapa keluarganya. Tak layak untuk menjadi menantu dia. Kerja pun biasa-biasa saja. Isteri baru Tan Sri Ilham pun sama, suka menjadi batu api dan masuk campur.
Arjuna mencari meja VIP yang menempatkan ahli keluarganya di situ. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang, dia terus tarik kerusi sedikit kasar dan labuhkan duduk. Matanya kemudian terhala ke arah pelamin yang gah di atas sana. Tubuh disandarkan sambil dia berpeluk tubuh.
"Tak payah nak tunjuk muka menyakitkan hati macam tu" Tan Sri Ilham menggumam kecil.
Arjuna hanya menjeling. Hatinya lebih sakit melihat muka kedua-dua pengkhianat yang boleh lagi tersenyum manis bersanding di atas pelamin sana. Sedikit pun tiada rasa bersalah selepas melukakan hati orang lain.
"Arjuna, makan lah" Suara halus Puan Sri Aliya, menegur.
Tidak pula Arjuna menoleh ke arah empunya suara itu. Semenjak Tan Sri Ilham mengambil keputusan mahu mengahwini perempuan tak tahu malu itu, semenjak itu juga lah Arjuna terus membuat hal nya sendiri. Dia tidak mampu hendak menerima perkahwinan yang telah berlaku itu. Sementelah lagi, perangai anak gadis Puan Sri Aliya yang begitu merimaskan nya setiap kali dia pulang ke rumah.
Tak segan silu berpakaian seksi di rumah, dia yang tak sanggup hendak melihat perangai tak malu si Avina ketika berada di rumah. 3 tahun dia bertahan menghadap perangai Avina dan Puan Sri Aliya, sebelum dia berkenalan dengan Anzalna dan jatuh cinta pada wanita cantik itu dulu ketika dia menghadiri pertunjukkan fashion show yang telah menjadi titik permulaan perkenalan dia dan Anzalna yang merupakan model terkenal ketika ini, malah sampai sekarang. Tidak lama kemudian dia terus mendapat tawaran kerja di luar negara. Walaupun terlalu berat keputusan yang dia buat kerana dia bakal berjauhan dan meninggalkan Anzalna, tapi dia memberi janji kepada wanita itu untuk terus setia.
![](https://img.wattpad.com/cover/373382605-288-k363611.jpg)
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...