BRIDE 27

5.8K 318 38
                                    

Dup! Terpejam mata Mirwan saat belakang tubuhnya terhentak dengan kuat ke dinding. Kemudian pandangan nya berlaga tepat dengan anak mata Arjuna yang merenung nya dengan tajam di situ.

"Hands off!" Mirwan ketap rahang sambil mencengkam pergelangan tangan Arjuna.

Arjuna tayang senyum sinis sebelum dia melepaskan cengkaman tangan nya pada kolar baju Mirwan dengan kasar.

"Apa motif kau nak mendekati Tiara?"

"Motif? Kau tahu ke siapa Tiara tu untuk aku?" Soal Mirwan pula.

"Ya tahu, so what?" Soal Arjuna dengan muka sinis. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Mirwan.

Mirwan berdecit. Memang dia tak pernah jangka ini akan berlaku.

"Macam mana kau tahu pasal Tiara?"

"Dah Allah nak takdirkan semuanya terjadi, kau tak ada kuasa nak menafikan. Hari Tiara membawa luka di hatinya ketika melihat kau mengakad nama wanita yang pernah aku cintai menjadi isteri kau, pada hari itu jugak Allah pertemukan aku dengan Tiara. Masin mulut aku kan? Aku tanya dengan kau masa tu dekat mana aku boleh cari Tiara, kot-kot aku boleh jadikan dia isteri aku. Hah, hahahahah... cantik betul takdir ni Mirwan" Arjuna menepuk bahu Mirwan.

Berubah riak muka Mirwan mendengar. Rahang nya bergerak-gerak seolah-olah menahan rasa yang sangat berat.

"Dia kecewa teruk. Aku yang menjadi tempat dia bersandar. Oh ya, bukan setakat bersandar, aku dah peluk dia" Ujar Arjuna tanpa rasa bersalah.

"Apa kau cakap!?" Mirwan diserang rasa cemburu. Tak semena-mena dia pula yang mencengkam kolar baju seragam Arjuna.

"Hey! Lepas lah! Renyuk lah baju aku nanti" Arjuna menepis tangan Mirwan.

"Aku baru setakat peluk je pun, yang kau nak marah dah kenapa? Kau dengan Alna sudah pasti buat yang jauh lebih dari tu kan? Aku okay je. Tak ada nak marah-marah. Rileks la.. adil la kan? Kau ambil Alna, so Tiara aku punya"

Dengusan nafas Mirwan kedengaran kasar dan berat. Mata tak berkalih dari memandang wajah selamba Arjuna yang begitu menjengkelkan hatinya.

"Apa niat kau nak dekat dengan Tiara, Hanif?" Soal Mirwan tidak puas hati.

"Sukahati aku lah nak dekat dengan dia pun. Dia bukan milik sesiapa, so tak ada masalah kalau aku nak dekat dengan dia"

"Aku takkan biarkan. Tiara milik aku. Kau, jauhkan diri dari dia Hanif. Dan aku rasa, pasti Tiara masih belum tahu siapa diri kau sebenarnya kan? Kau rasa Tiara akan terima ke nanti kalau dia tahu yang kau tu adik aku?" Mirwan ukir senyum. Tangan di seluk ke dalam poket seluar. Dan dia yakin akan kata-kata nya tadi.

Arjuna hanya tertawa geli hati mendengar kata-kata Mirwan yang kedengaran sangat bodoh pada pendengaran nya.

"Tiara milik kau? Cecececece.... Kau ni kan, memang tak boleh tinggal rupanya sikap tamak tu. Kau nak balik pada Tiara? Kau ingat bapak kau tu nak restu ke? Bukan ke bapak kau tu tak restu hubungan kau dengan Tiara hanya sebab Tiara tu anak yatim, tak tahu asal usul? Tak sekufu dengan kau?" Selar Arjuna dengan mata yang sudah berubah tajam.

Mirwan ketap bibir.

"Aku sedar itu memang silap aku tak pertahankan Tiara. Tapi tak bermakna yang aku dah tak cintakan dia lagi. Aku dah berjanji pada dia yang suatu hari aku akan dapatkan dia semula dan tak akan lepaskan dia lagi. Dan kau pun tak payah nak cakap besar sangat lah Hanif. Apa kau tu bukan anak papa jugak?"

"Huh! In your dream. Silakan bermimpi di siang hari Mirwan! Oh aku dah lupa aku ni anak siapa. Jadi siapa pilihan aku Tan Sri Ilham tak ada hak nak masuk campur. Aku bukan macam kau. Macam lembu dicucuk hidung, ikut telunjuk orang tua tak guna tu" Cantas Arjuna sakit hati.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now