BRIDE 5

5.4K 308 18
                                    

Sesekali pesawat terasa bergegar bila menempuh awan tebal. Cuaca di luar agak berangin walaupun nampak panas. Namun mujurlah cuaca elok saja. Kalau melalui cuaca buruk, pasti akan meresahkan sesiapa saja yang berada dalam perut pesawat. Tapi dengar cerita, kapten yang bernama Kapten Arjuna Hanif itu merupakan seorang juruterbang yang sangat cekap dan mahir mengendalikan pesawat. Jadi Tiara memang meletak sepenuh kepercayaan dan harapan dengan kredibiliti dan kemampuan juruterbang yang hanya dikenali melalui namanya sahaja. Kiranya kak Zura antara penumpang yang bertuah lah tadi sebab dapat tengok muka Kapten Arjuna tu.

Semua penumpang tidur agaknya. Nak melalui perjalanan selama 6 jam tanpa berbuat apa-apa di dalam pesawat memang membosankan. Pramugari bernama Nadia sudah beberapa kali lalu lalang untuk memastikan kesemua penumpang berada dalam keadaan baik dan selamat.

Tiara melihat jam di pergelangan tangan nya. Sudah hampir ke pukul 2.30 petang. Dan dia dapat agak kapal terbang sudah berada dalam ruang udara negara Korea. Melihat para cabin krew mula sibuk mengutip sampah, Tiara tegakkan tempat duduk yang direbahkan sedikit tadi. Sempat lah dia terlelap satu jam untuk cas mata yang terasa mengantuk.

"Ladies and gentlemen, we will be landing shortly. Please be remain seated, make sure your seat backs and tray tables are in their full upright position. Make sure your seat belt is securely fastened and all carry-on luggage is stowed underneath the seat in front of you or in the overhead bins. Please turn off all electronic devices until we are safely parked at the gate" Suara pengumuman dari ketua pramugara bergema dalam ruangan kabin pesawat.

Penumpang yang tidur mula celik mata. Masing-masing tegakkan tempat duduk dan bersedia untuk landing dalam masa beberapa minit saja lagi. Pesawat semakin terbang rendah. Tiara melihat ke bawah dan kelihatan jelas bandaraya Seoul di bawah sana. Ini kali yang ke 6 dia datang ke Korea. Dia juga boleh berbahasa Korea kerana dia memang mengambil kursus untuk mempelajari bahasa Korea supaya dia mudah untuk berkomunikasi bila berada di sini. Pelancong juga kebanyakkan nya lebih berminat untuk datang ke Korea berbanding dengan negara lain.

"Cabin crew, be seated for landing" Setelah agak lama, suara Arjuna kedengaran lagi.

Pesawat terus terbang rendah dan semakin laju menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Cuaca di Korea sekarang ini nampak baik dan sudah pastinya sejuk walaupun sekarang musim bunga. Dan sekarang sudah terasa tayar pesawat mencecah permukaan landasan.

Dan Tiara memberikan pujian untuk kapten hari ini. Smooth landing, Captain!Tiara ukir senyum dan dia memandang keluar tingkap.

"Ladies and gentlemen, welcome to Incheon International Airport. For your safety, please remain seated with your seat belt fastened until the Captain turns off the fasten seat belt sign. This will indicate that we have come to a complete stop at the gate and it is safe for you to move about. Please use caution when opening the overhead bins, as heavy articles may have shifted around during the flight. If you require deplaning assistance, please remain in your seat until all other passengers have deplaned. We remind you to please wait until inside the terminal to use any electronic devices. On behalf of Captain Arjuna Hanif and the entire crew, I'd like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to see you on board again in the near future. Have a nice day"

Para penumpang mula sibuk membuka penutup ruang penyimpanan di atas untuk mengeluarkan beg masing-masing. Tak ketinggalan juga Tiara dan anak-anak buah nya yang sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi Korea.

"Cabin Crew, disarm all doors. Thank you" Sebaik saja suara Arjuna memberi kebenaran kepada kabin krew, pintu pesawat terus saja dibuka. Penumpang mula keluar secara beratur dari perut pesawat dan menuju ke bangunan terminal. Tiara hanya duduk menunggu sehingga semua penumpang keluar dari perut pesawat dan dia menjadi orang terakhir yang keluar dari situ selepas Kak Zura.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now