BRIDE 15

5.2K 302 15
                                    

Kalih kanan, tak kena, kalih kiri, pun tak kena. Kenapa semuanya serba tak kena saja sekarang ni? Jam dinding sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Arjuna masih tidak dapat hendak lelapkan mata. Terkebil-kebil sendirian dalam bilik hotelnya selepas kembali dari aktiviti siang tadi.

"Argh! Wae ireeji? Jameul mot jagesseo. Geureomyeon jigeum mwol haeya haji? (Kenapa ni? Tak boleh nak tidur, habis tu aku nak buat apa ni?)" Arjuna bangkit dan duduk. Telefon bimbit di capai. Galeri gambar terus di buka.

Dimainkan semula video Tiara yang dirakamnya siang tadi. Sesekali ulas bibirnya menguntum senyum bila melihat aksi-aksi spontan Tiara di situ. Kemudian dia melihat pula gambar nya bersama dengan Tiara mengenakan pakaian hanbok tadi.

"Tiara..." Arjuna mengeluh kecil. Telefon diletakkan ke sisi dan dia duduk sambil bertongkat dagu dengan tangan. Tak lama lagi nak siang dah. Alang-alang mata tak boleh nak lelap, baik dia terus sedia untuk menunaikan solat subuh.

Bunyi alarm mengejutkan Tiara dari lena. Dan kali ini baru dia merasakan yang dia benar-benar dapat tidur dengan lena setelah sekian lama. Adakah kerana segala apa yang dipendamnya selama ini sudah dilepaskan siang tadi? Dan bahunya terasa ringan sekarang ini kerana tiada bebanan lagi yang dirasakan menghempap bahunya.

Jam menunjukkan angka 5 pagi. Kak Zura masih hanyut dibuai mimpi indah. Kak Zura pula tengah 'bendera merah' sekarang ni. Sebab tu kak Zura tak bangun-bangun lagi untuk menunaikan solat subuh. Tiara bingkas bangun dan masuk ke dalam tandas. Selesai membersihkan diri, sejadah terus dihampar dan Tiara terus mengabdikan diri kepada yang Maha Esa di subuh yang hening di bumi Korea.

Seusai melaksanakan rukun yang wajib itu, Tiara terus menadah tangan dan berdoa. Segala resah yang menghuni hati, dilepaskan pergi dengan rela. Sebolehnya dia tak mahu mengingati lagi semua perkara yang sudah berlaku dalam hidupnya sebelum ini. Tapak tangan diraup ke muka seusai saja doa dipanjatkan kepada Ilahi.

Sementara di bilik 415, Arjuna berteleku di atas sejadah. Fikiran nya melayang teringatkan kehidupan yang di laluinya selama beberapa tahun ini selepas arwah mama nya pergi. Hubungan nya dengan Tan Sri Ilham entah sampai bila akan dingin begini. Bukan dia tak cuba hendak berbaik, tapi setiap kali melihat muka Tan Sri Ilham, dia tak mampu hendak berlagak baik. Bagi nya, arwah mama nya meninggal sebab perangai Tan Sri Ilham sendiri.

Arjuna beristighfar dalam hati berkali-kali. Dia tak nak rosakkan mood dia sekarang ini. Sementelah lagi selepas dia mengetahui siapa Tiara sebenarnya, makin lah membuatkan hatinya menjadi tak tentu arah saja sekarang. Sedangkan dia pernah mengatakan kepada Mirwan dulu, yang dia nak cari di mana keberadaan kekasih Mirwan, mana tahu kalau dia boleh jadikan bekas kekasih Mirwan tu isteri dia. Dan sekarang, Allah sudah hantar Tiara kepadanya tanpa dia sedar. Cuma, buat masa ini, dia ambil jalan untuk tidak berterus-terang kepada Tiara akan hubungan nya dengan Mirwan. Dia bimbang kalau Tiara makin jauhkan diri pula nanti. Rasanya dia dah tak boleh nak berenggang dengan Tiara sekarang ini. Boleh ke macam tu?

Adakah Tiara itu memang jodoh yang ditakdirkan untuknya? Berdosakah dia kalau dia hendakkan Tiara? Tapi pasti ke dengan perasaan dia sendiri sekarang ini? Adakah dia sudah mula mencintai Tiara tanpa sedar? Ya Allah, kau berikanlah aku jawapan. Kalau benar, kau berikanlah aku petunjuk. Jika Tiara ditakdirkan untuk aku, maka kau bukakanlah pintu hatinya untuk aku. Aku tahu rasa kecewa dan luka yang dia pernah rasai, sama seperti aku juga ya Allah. Tapi ajaibnya aura seorang Tiara, dia mampu membuatkan aku jatuh cinta sebegini cepat biarpun aku pernah mencintai wanita lain separuh mati sebelum ini.

Memang benarkah aku sedang mencintai Tiara sekarang ini? Arjuna sentuh dadanya. Ada debar halus yang singgah di situ. Lama. Di rasai segala debaran itu dengan mata yang terpejam rapat.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now