BRIDE 25

5.5K 352 28
                                    

Selepas selesai urusan check in, Mirwan kembali mendapatkan Tiara yang masih menunggu di situ.

"Sayang, aa err.. I'm done" Mirwan garu kepala. Boleh pulak tersasul.

Tiara hanya menjeling tajam sebelum dia terus buka langkah dari situ untuk masuk ke balai pelepasan. Mirwan pantas mengejar Tiara. Memang terasa kekok selepas apa yang berlaku antara mereka 4 bulan yang lepas.

"You sihat?" Mirwan melangkah menyaingi Tiara.

Sesekali bahu mereka berselisih dengan manusia yang begitu sesak berada dalam bangunan lapangan terbang. Tiara terus menghala ke balai pelepasan. Selepas melakukan pemeriksaan oleh pegawai imigresen dan cop passport, dia terus saja mendapatkan rombongan nya yang sudah menanti di pintu masuk C.

Soalan Mirwan bagaikan angin lalu saja pada pendengaran Tiara. Dia memang tak berminat pun nak bersembang dengan bekas kekasih nya itu.

Kesemua penumpang mula beratur di pintu masuk C selepas pramugari memeriksa pas masuk mereka sebentar tadi. Kemudian penumpang pula bergerak perlahan melalui laluan yang menyambungkan bangunan terminal ke pintu masuk pesawat.

Nadia dan kabin krew yang lain sudah bersedia menyambut para penumpang masuk ke dalam perut pesawat.

"Hello, welcome" Nadia selaku ketua pramugari hari ini menyambut para penumpang yang sudah mula memasuki kabin pesawat.

Selepas kesemua penumpang masuk, Tiara dan Mirwan yang menjadi penumpang terakhir turut masuk.

"Hello cik. Seat berapa ye?" Soal Nadia mesra.

"5A cik" Tiara membalas senyuman Nadia.

"Oh okay. Boleh duduk ye. Ya encik, seat berapa?" Soal Nadia kepada Mirwan yang berada di belakang Tiara.

"5B" Balas Mirwan.

"Okay, encik duduk di sebelah cik tu tadi" Nadia terus menunjuk ke arah tempat duduk.

Selepas Tiara menyimpan beg di ruang penyimpanan di atas, dia terus saja bergerak masuk dan duduk di tempat duduk nya di tepi tingkap. Tempat kegemaran dia bila berada dalam pesawat. Mata terus saja melihat ke arah luar tingkap. Melihat para pekerja yang bertungkus lumus memunggah beg-beg dari kargo pesawat yang baru tiba.

Arjuna ada dekat situ ke? Hati Tiara tertanya sendiri. Merasakan ada seseorang yang duduk di sebelahnya, terus Tiara menoleh. Berkerut dahinya sebelum Tiara kembali memandang ke arah tingkap.

"Nampaknya rezeki I duduk sebelah you" Ujar Mirwan senyum senang hati.

Tiara pula langsung tidak mahu melayan bicara Mirwan. Anggap saja yang Mirwan tak wujud dalam penerbangan ni.

Sementara di dalam kokpit, Arjuna terus saja memeriksa tempat duduk penumpang. Nama Tiara di cari, dan nama penumpang yang duduk di sebelah Tiara juga dilihat. Diperhati dengan mata mengecil dan gigi diketap rapat. Damn it! Kenapa dalam banyak-banyak tempat duduk, sebelah Tiara jugak mamat ni nak duduk? Arjuna merengus kasar. Kemudian tangan nya sibuk menekan butang-butang kawalan yang ada.

"Aik, kenapa ni kapten? Nampak macam marah je?" Tegur Azlan. Sedari tadi dia melihat Arjuna asyik melihat kertas di tangan nya itu.

Arjuna sandarkan tubuh. Merehatkan minda seketika sementara menunggu isyarat perlepasan dari menara kawalan.

"Tiara aku ada dalam pesawat ni"

"Ha? Oh.. ada? Wow! Kebetulan ke memang kau nak pergi honeymoon dengan dia kat Tokyo ni?" Azlan tersengih.

Arjuna menjeling. "Honeymoon kau. Tunggu lah aku kahwin dulu. Kebetulan je ni. Dan juga sebab jodoh aku dengan dia memang kuat" Balas Arjuna penuh yakin.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now