BRIDE 12

5.4K 320 21
                                    

Bas yang membawa rombongan Tiara tiba di perkarangan Istana Gyeongbokgung. Sebaik saja bas sudah berhenti sepenuhnya, para penumpang terus saja turun ke bawah. Masing-masing sudah tidak sabar melakukan lawatan ke dalam istana yang sangat terkenal di kalangan pengunjung yang datang ke Korea.

"Okay semua. Saya nak terangkan serba ringkas berkenaan dengan Istana Gyeongbokgung ni. Di sini bermulanya era pemeritahan sejarah Dinasti Joseon. Dinasti ini di perintah oleh Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Nanti semua boleh masuk dan tengok tentang sejarah istana ni ye. Oh ya, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pakaian tradisional mereka iaitu hanbok nanti. Boleh ambil gambar banyak-banyak buat kenangan. Kita akan berkumpul semula dekat sini jam 12 pm nanti. Boleh bersurai sekarang"

Sebaik saja Tiara membenarkan para pelancong bersurai, terus saja mereka bertebaran mengikut pasangan masing-masing. Kak Zura pula sudah mengikut kumpulan Kak Munah depan sana. Kak Zura ni macam sengaja je kan bila tengok Arjuna ada bersama dengan dia hari ini. Siap kak Zura nanti! Tiara ketap gigi.

"Marahkan siapa tu?" Soal Arjuna yang sedari tadi melihat Tiara.

"Hah? Bila masa saya marah?" Soal Tiara, menafikan. Dia terus bergerak dari situ.

Arjuna mengekori di belakang Tiara sambil dia melihat sekeliling kawasan istana. Bila berada di sini, memang terasa aura zaman Dinasti yang sudah lama berlalu itu.

"Mana lah tahu kau marahkan seseorang. Kau suka sejarah Korea tak?"

"Suka juga. Sejarah Korea, Cina, Jepun semua saya suka"

"Oh, peminat zaman dinasti lah kau ni rupa-rupanya ya" Arjuna tertawa. Telefon dikeluarkan dan dia berjalan di hadapan Tiara sambil mengundur ke belakang. Kamera telefon di hala tepat ke arah Tiara.

"Awak buat apa tu?" Soal Tiara tak puas hati.

"Nak rakam video kau buat dokumentari dekat sini"

"Jangan lah!" Tiara terus tutup muka nya dengan tapak tangan. Ada-ada je la Arjuna ni.

"Eh, kenapa tutup muka kau yang cantik tu. Jangan tutup. Tengok, terus kabur kamera aku bila kau tutup muka" Arjuna berdecit. Auta je lebih. Padahal jelas je kamera dia.

Tiara mendengus sebelum dia terus melencongkan kaki nya ke arah kiri.

"Tiara! Nak ke mana pulak tu?" Arjuna pantas mengejar langkah Tiara. Terus tergendala rakaman dokumentari nya yang bertajuk TIARA. Hehe.

"Awak pergi lah tengok-tengok istana tu. Janganlah ikut saya"

"Aku nak tengok kau. Bukan nak tengok istana tu. Bukan ada yang menarik pun"

"Aduh, awak ni tak penat ke?"

"Tak"

"Malas lah nak cakap dengan awak ni"

"Aku rajin nak cakap dengan kau"

"Huh!!!"

"Heh!"

Tiara terus lajukan langkah kakinya. Pening kepala dengan perangai Arjuna ni.

"Tiara...."

"Apa dia?"

"Jangan marah"

Tiara terus berhenti dari melangkah. Bebola mata dipusingkan ke atas.

"Mana ada saya marah" Bertaut kening Tiara.

Arjuna tertawa kecil sambil geleng kepala nya perlahan. Dia bercekak pinggang kemudian kecilkan mata.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now