Pesawat MH162 terbang dengan stabil di ruang udara memandangkan cuaca sangat baik sepanjang penerbangan. Sekarang mereka berada di ruang udara negara Taiwan. Arjuna hanya ralit memerhati tompokan awan di sepanjang penerbangan. Pemandangan yang sudah biasa dia lihat. Kalau cuaca baik macam ni, senang lah hati. Kalau kena cuaca buruk, memang macam-macam hal boleh jadi.
"Apa plan kau dah sampai Tokyo nanti? Nak stay satu hotel tempat rombongan Tiara ke?" Soal Azlan sambil matanya fokus memerhati radar di hadapan.
"Tengok lah macam mana. Kalau ikutkan hati, memang ye lah kot. Kau macam mana? Nak stay dengan aku tak?"
"Aku okay je. Asalkan kau jangan buat hal tiba-tiba pulak nak ajak Tiara nikah dekat sana nanti. Kau ni bukan nya boleh dijangka"
"Alah, kalau aku nikah sekali pun kat sana, kau boleh je pindah bilik lain. Apa lah susah sangat"
"Ha, ni lah yang aku malas nak dengar ni" Azlan geleng kepala.
"Tak payah fikir lagi benda belum jadi tu. Aku tak nak lah nanti kalau duduk sorang-sorang dekat hotel Nadia tu kacau pulak nanti"
"Jangan lah layan"
"Pernah ke kau tengok aku layan dia? Dia tu yang tak faham bahasa. Lebih-lebih lagi kita berada dekat negara yang orang boleh buat sesukahati je tanpa batas, lagi lah menjadi-jadi Nadia tu nanti"
"Hati-hati je lah bro. Kang tak pasal-pasal dia ketuk pintu bilik kau tengah malam buat. Buat naya je"
"Sebab tu aku ajak kau sebilik dulu dengan aku"
"Yelah, yelah, hisy kau ni"
"Ha macam tu lah"
Arjuna kemudian membuat panggilan ke ruang kabin.
"Yes captain?" Nadia menjawab.
"Macam mana dengan passengers? Semua okay?"
"Okay kapten. Rata-rata tidur"
"Passenger seat 5D?"
"Ha, errr..." Nadia terus menjengok ke arah Tiara.
"Dia pun tidur juga kapten"
"Okay good" Arjuna terus menutup semula mikrofon sebelum cepat-cepat dia bangun dari duduk.
"Eh kau nak ke mana ni?" Soal Azlan bila melihat Arjuna sudah membuka kunci pintu kokpit.
"Nak ke ruang kabin kejap. Kau kawal dulu" Arjuna terus keluar dari situ dengan perlahan dan senyap-senyap. Tidak mahu Tiara menyedari kehadiran nya di situ.
Dia kemudian membuka tempat penyimpanan barang di atas. Sehelai selimut dikeluarkan. Mata Arjuna berlaga pandang dengan Mirwan yang turut melihat nya di situ. Tidak dipedulikan anak mata Mirwan yang tidak lepas melihat tindak tanduk nya, Arjuna terus melangkah menghampiri tempat duduk Tiara. Lipatan selimut dibuka dan dengan cermat dia menyelimuti tubuh Tiara yang nampak nyenyak tidur di situ.
Mirwan sudah bulat mata melihat. Terus tegak tubuhnya yang tadi elok bersandar pada kerusi. Rasa nak je dia bangun dan cekik si Arjuna tu. Tak guna! Apa motif dia nak selimutkan Tiara dekat depan dia? Kenapa tak selimutkan penumpang lain? Hati Mirwan sudah mendongkol geram.
Arjuna pula memang sengaja nak sakitkan hati Mirwan. Biar mata Mirwan tu terjojol jatuh tergolek ke lantai pesawat. Senang dia pijak sampai lumat nanti. Nadia yang berdiri tidak jauh dari situ juga turut makan hati melihat Arjuna melayani Tiara sampai begitu sekali. Tak pernah ada mana-mana penumpang pun yang berjaya mengheret kaki kapten Arjuna melangkah keluar ke ruang kabin ni semasa penerbangan. Dan ini adalah kali pertama. Hatinya dihambat rasa cemburu yang menggila. Dia sukakan Arjuna, tapi Arjuna sewenang-wenangnya melayani perempuan lain di depan mata dia.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...