BRIDE 30

9.3K 376 28
                                    

Melihat Tiara yang meluru ke arahnya, makin membuatkan detak jantung Arjuna bertambah laju mengepam darah. Tak sempat dia nak berlari, tubuh Tiara sudah terlebih dahulu menerpa dan memeluk nya dengan erat sehingga mereka terpelanting ke tepi jalan. Kereta yang tadinya agak laju terus menderum pergi dari situ.

Mujurlah di kawasan tepi jalan tidak ada sebarang tembok mahupun palang besi. Yang banyak pun pokok. Ini pun mujurlah tak terus terhantuk dekat pokok. Kalau tak memang terus hilang ingatan agaknya. Arjuna dan Tiara sudah terbaring di tepi jalan.

"Awwwww!!" Tiara mengaduh bila sikunya bergesel di permukaan jalan.

"Sugar.. kau tak apa-apa ke?" Arjuna kalut bangun dan terus memeluk Tiara dengan erat. Menggigil tubuhnya memikirkan perkara buruk yang berlaku tadi.

"S-saya okay. Awak okay ke?" Suara Tiara juga kedengaran bergetar. Bermacam-macam perasaan yang dirasakan nya sekarang ini. Sumpah dia dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi tadi. Yang dia tahu dia hanya mahu mendapatkan Arjuna yang berada di tengah jalan.

"Kenapa kau bahayakan diri macam tu? Jangan suka nak buat tindakan tanpa berfikir panjang"

"S-saya nak selamatkan awak.." Suara Tiara kedengaran lirih. Entah kenapa kolan matanya terasa hangat saat ini.

"Keselamatan kau lebih penting untuk aku Tiara.."

"Tak!" Tiara jarakkan diri dan pantas saja jari telunjuk nya menekap ke ulas bibir Arjuna.

Arjuna terkaku. Anak matanya tepat merenung ke wajah pucat Tiara.

"Saya tak nak jadi apa-apa dekat awak. Awak masih ada keluarga, bukan macam saya, saya dah tak ada sesiapa dekat dunia ni. Kalau saya mati..."

"Jangan cakap macam tu!" Arjuna menarik Tiara ke dalam pelukan. Mana mungkin dia sanggup hendak kehilangan Tiara.

Tiara hanya diam tidak berkutik. Dia hanya membiarkan dirinya tenggelam dalam pelukan Arjuna. Pandangan nya terasa kosong saat ini bila dia mula membayangkan bagaimana kedua ibu bapa nya sekelip mata pergi meninggalkan nya dulu.

"Siapa kata kau tak ada keluarga. Aku ada untuk kau Tiara. Kau tak keseorangan. Dan aku pun hanya ada kau dekat dunia ni sekarang"

"Takkan sama dengan keluarga kandung awak sendiri. Saya bukan siapa-siapa pun untuk awak. Saya tetap orang asing dan orang luar"

"Aku boleh ubah status hubungan kita ni supaya tidak menjadi orang asing lagi. Kau jangan buat aku risau macam ni lagi lain kali Tiara" Arjuna turut tenggelam dalam emosi.

"Saya minta maaf sebab tolak awak tadi. Saya tak ada niat.."

"It's okay, jangan cakap lagi sayang. Yang penting kita selamat" Arjuna jarakkan tubuh.

Tiara memandang sayu ke arah Arjuna. Titisan air jernih mula mengalir keluar dari juring matanya.

"Kenapa menangis ni? Kau ada luka kat mana-mana? Bagi aku tengok" Pinta Arjuna lagi. Semakin tak keruan bila dia melihat Tiara menangis.

Tiara geleng kepala perlahan.

"Awak jangan terlalu layan saya baik sangat macam ni Arjuna. Saya takut kalau saya terlalu bergantung harap pada awak nanti dan saya akan merasa lemah untuk terus berdiri di atas kaki sendiri"

Arjuna ukir senyum. Dia mengesat airmata yang mengalir di pipi Tiara.

"Aku lebih suka kalau kau bergantung harap dengan aku. Aku akan lebih rasa yang kau sangat perlukan aku untuk berada di sisi kau"

"Saya pernah bergantung harap pada dia dulu. Tapi bila dia ambil keputusan tinggalkan saya, saya benar-benar lemah dan tak berdaya. Saya ambil masa berbulan-bulan untuk bangkit berdiri semula Arjuna"

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now