BRIDE 20

5.2K 291 26
                                    

Dari jauh Arjuna curi-curi memerhati Tiara yang sedang berdiri di luar bangunan terminal sedang menunggu seseorang datang mengambil nya di situ. Biarpun hatinya terlalu merindu, namun sekarang bukan masa yang tepat untuk dia muncul depan Tiara dalam pakaian kerja nya begini. Dia terus memerhati di situ sehingga ada sebuah kereta jenis Honda City berhenti di hadapan Tiara. Harapnya bukan lelaki.

"Tiara!!!!" Maya terus menyerbu dan memeluk Tiara sebaik saja dia keluar dari perut kereta.

"Mayaa!!!" Mereka berpelukan di situ. Lagaknya bagaikan bertahun-tahun tak jumpa.

"Alaaa rindulah" Pelukan dileraikan.

"Kau ni macam lah tak biasa berjauhan dengan aku" Tiara mencebik. Bagasi di angkat dan disimpan ke dalam bonet belakang kereta.

"Tapi kali ni kau pergi terlebih lama sampai tiga minggu tau. Berduit betul trip pelancong kali ni bertapa sampai 3 minggu dekat Korea. Mana team kau? Dah keluar semua?"

"Dah. Tadi keluar je dari pesawat memang terus tak nampak muka dah sebab masing-masing excited nak balik rumah"

"Oh yeke. Jomlah kita balik" Maya terus berlalu ke tempat duduk pemandu.

Bila Tiara mahu membuka pintu kereta, dia menoleh ke arah bangunan terminal. Entah kenapa dia seolah-olah merasakan ada seseorang yang sedang memerhatinya di dalam sana. Dahinya berkerut, mata meliar memerhati cuba mencari jika benar apa yang dirasakan nya. Namun tidak pula dia nampak sesiapa di situ.

Enggan melayan perasaan yang tidak pasti itu, Tiara terus melangkah masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu bergerak meninggalkan kawasan terminal lapangan terbang.

Arjuna yang sempat bersembunyi di sebalik tiang, kembali mengintai keluar. Fuh! Nasib baik dia tak nampak. Tapak tangan mengurut dada perlahan. Arjuna terus mengatur langkah ke tempat parkir.

Kunci kereta dikeluarkan. Pintu bonet di belakang kereta di buka untuk menyimpan bagasi miliknya. Kemudian dia terus membuka pintu tempat duduk pemandu dan melangkah masuk. Enjin kereta jenis Lexus NX 350 F Sport dihidupkan. Untuk seketika, Arjuna duduk bersandar sambil membuka telefon bimbit nya.

Galeri di buka. Video dan gambar-gambar Tiara yang masih tersimpan di situ dimainkan berulang kali tanpa jemu. Sesekali ulas bibir Arjuna mengukir senyum kecil. Baru beberapa jam tak berada dekat dengan Tiara, dia dah rasa gila rindukan Tiara. Jadi macam mana nak terus berjauhan dan langsung tak dapat nak berjumpa dengan Tiara selama dua minggu lagi selepas ini? Argh! Kusut betul. Balik Malaysia je terus hati jadi tak aman. Kan elok kalau dia dan Tiara terus menetap dekat Korea je. Tak ada sesiapa yang akan menganggu mereka di sana.

Cuma, Tiara belum lagi beri jawapan tentang hati dia. Tiara cintakan dia ke tak? Keluhan lemah dilepaskan. Telefon bimbit diletakkan ke sisi dan Arjuna terus memandu keluar dari situ.

Sejak sampai di lapangan terbang tadi, Tiara masih memandang skrin telefon nya yang gelap. Arjuna terus menyepikan diri hari ini. Apa yang dia harapkan sebenarnya? Kenapa dia terlalu berharap yang Arjuna akan menghubunginya? Sedangkan dia sendiri yang minta masa pada Arjuna untuk memikirkan tentang hatinya sendiri. Benarkah dia tiada perasaan pada Arjuna? Tapi kenapa sekarang hatinya sudah mula merindui kehadiran Arjuna?

"Hmmm..."

Maya terus menoleh. Dia perasaan melihat wajah Tiara yang kurang ceria.

"Kau okay tak beb? Kenapa kau nampak tak ceria je ni? Semua okay ke?" Soal Maya sambil fokus memandu.

"Aku okay. Tak ada apa-apa lah" Tiara menyimpan telefon bimbit ke dalam beg galasnya.

"Dari tadi aku tengok kau tenung skrin phone tu. Kau tunggu siapa? Jangan-jangan... kau tangkap cinta dengan mamat Korea tak?" Maya mengusik.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now