Arjuna mengayuh basikal dengan perlahan sambil menikmati keindahan sekeliling Pulau Nami. Tiara yang duduk di belakang hanya diam sambil memandang ke depan. Tangan nya pula melingkar memeluk pinggang Arjuna. Tak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang meluangkan masa bersama.
"Kau suka Pulau Nami?" Soal Arjuna sambil sesekali dia menoleh sedikit ke belakang. Mahu memastikan Tiara berada dalam keadaan selamat di belakangnya.
"Suka sangat" Tiara ukir senyum. Siapa je yang tak suka dengan Pulau Nami. Cantik kot! Dekat Malaysia mana nak jumpa pulau macam ni.
"Aku pun suka. Tapi selalunya aku datang sorang je dekat sini. Ni kali pertama aku datang sini ada pasangan perempuan tau" Arjuna ukir senyum. Sungguh pun 4 tahun dia menyulam cinta dengan Anzalna dulu, tak pernah sekali pun dia datang berdua dengan Anzalna ke sini.
"Takkan tak pernah datang sini dengan kekasih awak dulu?" Tiara sukar nak percaya.
"Betul tak pernah. Kau perempuan pertama, dan special nya aku tengah kayuh basikal bawa kau lagi ni Tiara" Arjuna menekan brek dan memberhentikan basikal nya di situ. Mereka berhenti di tugu berukiran pelakon utama drama Winter Sonata.
Tiara terus saja turun. Arjuna menongkat basikal sebelum dia juga ikut turun. Mereka berdiri di hadapan tugu pelakon Winter Sonata sambil memandang lama ke arah pasangan yang diabadikan sebagai tugu di situ.
"Aku kagum dengan kisah cinta Joon Sang dan Yoo Jin ni. Walaupun lama terpisah, tapi bila memang dah takdir dan jodoh mereka untuk bertemu semula, cinta yang lama tu tak mustahil akan bercantum kembali biarpun Joon Sang dah hilang ingatan dia. Aku impikan percintaan yang sebegini. Wanita yang aku sayang akan tetap setia berada di sisi aku sampai bila-bila" Arjuna ukir senyum sambil memandang ke arah Tiara yang nampak termenung di situ.
"Wujud ke pasangan yang setia macam ni dalam dunia realiti ni?" Soal Tiara perlahan sambil tangan nya menyentuh tugu pelakon drama popular itu perlahan.
"Wujud. Asalkan pandai cari" Arjuna melangkah setapak mendekati Tiara. Dia turut menyentuh tugu itu dengan tapak tangan bersebelahan dengan tangan Tiara.
"Susah lah nak jumpa. Kalau ada pun, satu dalam sejuta agaknya. Saya tak pasti akan jumpa lagi ke tak dengan lelaki yang setia ni. Saya serik dikecewakan"
"Kalau kau serik, aku pun serik. Jadi kesimpulannya, aku akan cari wanita yang benar-benar boleh mencintai aku setulus hatinya selepas ini. Dan aku takkan ulangi lagi apa yang pernah aku buat dengan bekas kekasih aku sebelum ni. Meninggalkannya dalam jarak yang jauh bertahun lamanya. Kalau ditakdirkan aku bercinta lagi selepas ini, memang aku akan jaga baik-baik" Tutur Arjuna penuh makna sambil matanya tak lepas merenung sisi wajah Tiara yang tidak memandang nya.
Tiara ukir senyum. Dia memandang Arjuna.
"Saya doakan semoga awak jumpa dengan cinta yang awak cari tu. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Mungkin pasangan kita tu bukan jodoh yang terbaik untuk kita. Sebab tu Allah uji kita macam ni" Sejujurnya, Tiara dah benar-benar redha lepaskan Mirwan pergi dari hatinya.
"Yes, betul. Kau dan aku sama-sama insan yang terluka Tiara. Jadi aku yakin yang perasaan kau dan aku, sama saja. Pasti kita tak akan ada niat hendak mengecewakan hati pasangan kita sebab kita sendiri dah merasai rasa luka itu macam mana. Kalau kau doakan aku jumpa dengan cinta yang aku cari tu, rasanya aku dah jumpa. Cuma aku tak tahu hati dia macam mana. Dia nak ke terima aku ni"
Tiara kerut dahi. "Dah jumpa? Wah, congratulations Arjuna. Saya tumpang gembira dengar. Mungkin hati awak cepat je lembut sebab tu awak mudah untuk jatuh cinta lagi kan"
"Nope! Bukan sebab lembut, tapi aura wanita yang aku cinta tu terlalu hebat dan luar biasa sehingga bisa meracun hati aku ni untuk kembali mencintai. Memang kedengaran tak masuk akal, tapi kalau Allah dah kata jadi, maka jadi lah ia. Kun Fa Ya Kun. Lagi pun aku tak pernah menolak untuk jatuh cinta lagi. Kalau bekas kekasih aku boleh bahagia, aku pun boleh bahagia"
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...