Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur begitu sesak dengan manusia yang masing-masing sudah ada destinasi yang hendak di tuju. Memandangkan sekarang adalah musim cuti sekolah, sudah pasti penerbangan akan sentiasa penuh kerana ramai keluarga yang mengambil kesempatan ini untuk pergi bercuti.
Lexus RX350 itu dipandu perlahan. Arjuna ukir senyum sambil sesekali dia mengerling Tiara yang duduk di sebelah. Nampak cantik mengenakan blouse serba hitam dipadankan dengan sneaker berwarna putih. Rambut pula di sanggul kemas. Kalau Tiara memilih kerjaya pramugari, sudah pasti dia akan bertambah sangat cantik dengan penampilan sebegitu. Hari ini dia sendiri yang menawarkan diri untuk menghantar Tiara ke lapangan terbang kerana sekejap lagi dia juga akan menerbangkan pesawat ke Tokyo.
"Sekarang Tokyo musim salji. Baju sejuk dah bawak cukup tak?" Soal Arjuna sambil dia memandu perlahan masuk ke bangunan terminal lapangan terbang.
"Erm dah" Jawab Tiara ringkas. Selepas keluar dari hospital semalam, dia dan Arjuna jadi kekok pulak tiba-tiba. Macam orang yang baru kenal. Sementelah lagi melihat cara Arjuna melayan dia, buat Tiara rasa kebas pipi tak henti-henti dengan sikap ambil berat Arjuna.
"Kan bagus kalau aku dapat ikut kau pergi Tokyo. Boleh kita sambung bercinta dekat sana pulak" Arjuna tersengih.
Tiara sudah bulat mata sambil menoleh ke tepi tingkap kereta. Malu bila di usik begitu. Entah kenapa bila dengan Arjuna ni, dia jadi pemalu tiba-tiba. Masa Mirwan mengorat dia dulu, dia masih lagi rileks-rileks, tak ada lah gelabah sangat macam ni. Kalau rindu dengan Mirwan dulu, tak pernah pun dia sampai pengsan kalau lama tak jumpa. Dengan Arjuna pulak, kenapa boleh pengsan sampai macam tu sekali. Buat malu je lah. Nak mengaku, dia malu. Sudahnya dia hanya membiarkan Arjuna berteka-teki sendiri.
"Awak tak kerja ke hari ni?" Tukar topik. Arjuna ni kalau dah masa dia romantik, boleh cair meleleh dibuatnya.
"Kerja. Rasa-rasanya bagasi kau tu nanti, aku yang akan jadi tukang angkut dan simpan dalam kargo" Arjuna sembunyi senyum. Ni kalau Tiara tahu yang dia ikut sekali berada di Tokyo, tak tahulah apa reaksi Tiara. Gembira ke marah. Nanti lah dia fikir macam mana cara nak muncul depan Tiara dekat Tokyo.
Lebih-lebih lagi bila memikirkan yang Mirwan akan berada sekali dalam penerbangan hari ini, makin lah buat dia tak senang duduk.
"Oh yeke. Nanti kerja elok-elok"
"Elok-elok eh? Kau pulak jangan bagi lelaki lain ngorat kau masa dekat Tokyo. Aku ni kuat cemburu orangnya kalau aku dah sayangkan seseorang tu" Akui Arjuna terus-terang.
"Apa awak merepek ni. Saya ni pergi sebab kerja lah"
"Mana lah tahu. Kau ni cantik, kau ingat aku tak rasa tergugat nak lepaskan kau pergi jauh-jauh macam tu. Aku pulak tak ada bersama nak tengok kan kau" Arjuna memberhentikan keretanya.
Tiara terus membuka tali pinggang keledar yang membelit tubuhnya. Berura-ura mahu keluar sebelum suara Arjuna menahan nya.
"Jangan bagi can langsung ex kau tu nak dekat dengan kau. Aku tak suka tau Sugar. Dia dah pernah lukakan hati kau, jadi jangan bagi peluang untuk dia kembali pada kau. Kalau aku dengar yang bukan-bukan, aku heret kau pergi jumpa tok kadi terus nanti. Jangan cakap aku tak bagi amaran pada kau"
Tiara kerut dahi lantas dia menoleh memandang Arjuna yang turut memandang nya.
"I mean it, Sugar" Sambung Arjuna lagi. Kedengaran lembut tapi penuh amaran. Kemudian dia juga turut keluar untuk mengambil bagasi Tiara di belakang bonet kereta.
Bagasi itu kemudian diserahkan kepada Tiara yang masih berdiri di situ. Cuma tadi Tiara sempat menjengok ke dalam bonet kereta Arjuna. Ada sebuah bagasi hitam di situ. Berkerut-kerut dahi Tiara bila dia teringat bagasi seperti itu selalunya juruterbang atau pramugara yang akan guna. Kebetulan je kot! Malas lah Tiara nak overthinking sangat.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...