Bas yang membawa rombongan Tiara tiba di hadapan hotel Kimpton Shinjuku Tokyo. Kesemua penumpang terus saja turun dari bas. Masing-masing sudah menggigil kesejukan dan ada yang hidung nya sudah nampak merah kerana cuaca yang terlampau sejuk.
Selepas kesemua rombongan turun, Tiara terus saja bangun dan mahu turun. Namun Mirwan pula sengaja mahu menghalang laluan nya di situ menyebabkan Tiara tayang muka tak puas hati.
"Boleh tolong beri laluan tak?"
"Boleh sayang. Kenapa pulak tak boleh" Mirwan kenyit mata dan mengalihkan kakinya ke tepi.
"Huh! Gila!" Sempat Tiara mengutuk dan cepat-cepat dia keluar dari perut bas.
Datuk Hisyam yang sejak tadi menahan rasa melihat kemesraan Mirwan dan Tiara, menjeling tajam sebaik saja mata nya berlaga dengan mata Mirwan yang kebetulan memandang ke arahnya.
Kesemua mereka terus melangkah masuk ke dalam lobi hotel untuk menguruskan urusan pendaftaran bilik. Tiara terus menghampiri kaunter pendaftaran. Mirwan turut mengekori Tiara ke situ.
"Konnichiwa, ojōsan, irasshaimase (Hello, welcome miss)" Ucap wanita yang bertugas di kaunter pendaftaran.
"Konnichiwa, I am Tiara Adelia, a representative of Tan Travel Agency from Malaysia. I have booked 8 rooms" Lantas Tiara menyerahkan sehelai kertas yang mengandungi nama pelancong yang dibawanya.
Pekerja wanita itu terus saja mengambil kertas di tangan Tiara dan kemudian dia memeriksa senarai sistem dalam komputer. Tidak membuang masa dia terus saja menguruskan urusan pendaftaran yang diminta oleh Tiara.
"You sebilik dengan siapa sayang?" Soal Mirwan dengan tak malunya nak bersayang-sayang dengan Tiara.
"Hei boleh tak jangan panggil saya macam tu? Saya tak suka lah!" Tak habis-habis nak menyakitkan hati lah Mirwan ni.
"Kenapa pula tak suka? I kan memang panggil you macam tu dulu"
"Huh! Dulu tak sama dengan sekarang. Tak kuasa lah nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni!" Tiara mendengus dan memandang ke tempat lain.
"Huish! Garang nya sayang sekarang ni ye" Mirwan hanya ketawa di situ. Seronok melihat muka cemberut Tiara. Dulu Tiara kalau merajuk dengan dia, memang begini lah Tiara. Tetap orang yang sama.
"Miss, it's done. Here are the room keys. Have a good rest" Pekerja wanita itu terus menyerahkan kunci bilik kepada Tiara.
"Oh okay. Arigatō gozaimasu (Oh okay. Terima kasih)" Tiara ukir senyum lantas mengambil kunci yang berada di atas meja kaunter. Tiara terus menghampiri rombongan VIP yang masih setia menantinya di lobi.
"Okay semua. Bilik dah daftar. Ini kunci bilik" Tiara terus saja menyerahkan kunci bilik kepada rombongan VIP. Masing-masing berteman 2 orang dalam satu bilik kecuali Mirwan saja yang banyak cekadak nak minta bilik untuk dia seorang saja dan dia memang bayar lebih untuk harga bilik dia. Sementara Tiara juga hanya seorang saja dalam bilik kerana dia pun tak selesa nak sebilik dengan geng-geng mak Datin tu. Kalau macam kak Zura masa pergi Korea tu tu takpelah. Kak Zura tu sporting. Rindu pulak dengan kak Zura. Lepas balik dari Korea terus lost contact.
"Boleh naik bilik terus. Rehat lah semua. Saya tahu semua masih jetleg lagi. Kalau nak turun makan, ada je restoran halal dekat kawasan sini. Tapi jangan pergi jauh sangat kalau tak biasa ya. Pastikan pakai baju tebal kalau keluar. Takut nanti demam kalau suhu badan tak biasa dengan suhu sejuk macam ni. Esok pukul 8 pagi kita berkumpul dekat sini untuk aktiviti hari pertama esok" Pesan Tiara lagi. Yelah kali ni yang dia bawa golongan yang dah berusia. Jadi pastinya perihal kesihatan akan menjadi keutamaan dia.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...