Kelopak mata yang tadinya tertutup rapat, perlahan-lahan dicelikkan semula. Tiara seakan baru sedar dengan keadaan sekeliling. Terasa seperti kepala dia bersandar pada dada seseorang, drastik Tiara jarakkan diri sebelum wajah Arjuna yang sedang tersenyum menjamah pandangan. Tiara berdehem kecil. Kenapa dia boleh hanyut dalam kesedihan nya tadi.
"Maaf..." Tiara menunduk. Sumpah dia mula rasa tak selesa sekarang ini. Macam mana dia boleh pergi peluk Arjuna sampai macam tu sekali. Terasa kebas kulit mukanya menahan rasa malu. Rasa nak pergi lari dari sini. Tak sanggup nak pandang muka Arjuna.
"Are you okay now, Tiara?" Soal Arjuna sambil anak matanya langsung tak lepas menjamah seluruh wajah Tiara yang nampak sayu itu. Mata Tiara pun dah nampak bengkak sebab menangis tadi. Terkenang kembali ketika mereka bertemu dalam kemalangan kecil dulu, dalam keadaan menangis macam ni jugak lah dia berjumpa dengan Tiara.
Allah, apa yang patut aku rasakan sekarang ini? Perlukah aku merasa gembira kerana Tiara sudah berada di depan mata aku sekarang ini? Seorang gadis yang tak pernah aku sedar dan kenali selama ini yang pernah menjadi wanita yang dicintai oleh abang aku sendiri, rupa-rupanya memang berada dekat dengan aku tanpa sedar.
Kenapa Mirwan tu terlalu buta hatinya? Kenapa dia tergamak melukakan hati Tiara hanya kerana dia hanyut dengan perasaan cintanya pada Anzalna? Nafas kasar dihela panjang. Dan saat ini Arjuna rasa, dia layak untuk berada di sisi Tiara. Kalau Mirwan dan Anzalna boleh merobekkan hati mereka dengan begitu kejam, maka dia dan Tiara boleh melakukan hal yang sama.
"Saya okay. Terima kasih. Maaf, hanbok awak dah basah" Jari telunjuk Tiara menghala ke arah dada Arjuna.
Arjuna turut memandang ke arah dadanya sebelum dia tertawa kecil. "Basah lencun pun aku tak kisah kalau itu dari airmata kau"
Tiara ukir senyum kelat. Sedikit sebanyak hatinya merasa lega bila sudah melepaskan segalanya yang dipendam dalam hatinya selama 3 bulan ini. Sisa airmata yang masih basah di juring mata diseka perlahan.
"Comot dah mata kau dengan maskara. Sama macam kali pertama kita jumpa dulu" Arjuna masih dengan senyuman nya.
"Oh, comot ke?" Tiara jadi malu sendiri. Terkenang pula ketika dia masuk dalam tandas dulu. Sampai menjerit dia akibat terkejut tengok muka sendiri dalam cermin. Lantas tisu basah yang memang disimpan dalam beg kecil nya dikeluarkan.
"Sini aku tolong kau" Tisu basah di tangan Tiara terus saja diambil tanpa sempat Tiara nak menolak.
"Eh, saya boleh buat sendiri!"
"Aku buatkan" Cepat saja tangan Arjuna buat kerja. Kesan maskara yang comot di bawah mata Tiara terus saja di lap dengan lembut dan berhati-hati.
Dan Tiara pula hanya mampu berdiri kaku di situ dan dia tidak sanggup hendak memandang Arjuna bila lelaki itu berdiri terlalu dapat dengan nya. Hanya berjarak sejengkal cuma kedudukan wajah mereka bila Arjuna menunduk untuk mengelap kesan maskara di matanya. Dapat dia rasakan hembusan nafas kasar Arjuna menampar lembut ke kulit wajahnya. Hati mula merasa tidak selesa untuk menerima layanan seperti ini. Bimbang kalau hati dia mudah sangat hendak berharap pada sesuatu yang tak pasti. Dia tidak akan membiarkan hatinya untuk jatuh cinta lagi dengan begitu mudah. Dan yang pasti, sesiapa saja yang berkaitan dengan Mirwan, dia akan elakkan seboleh mungkin.
"Okay, dah. Bersih. Jangan nangis lagi lepas ni boleh? Aku nak tengok kau senyum je kalau dengan aku" Arjuna jarakkan diri.
"Err, terima kasih. Saya minta maaf sebab tak pasal-pasal awak jadi mangsa nak dengar masalah saya tadi" Jemari Tiara terus menyentuh bahagian bawah matanya.
"Sama-sama. Aku okay je. Bila-bila masa kau boleh peluk aku kalau kau perlukan tempat untuk mencari kekuatan. Jom kita tukar baju"
Tiara hanya mengangguk dan dia sekadar mengikut langkah Arjuna masuk ke dalam istana untuk menukar pakaian hanbok mereka.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...