BRIDE 9

5.4K 313 19
                                    

Arjuna langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua lelaki itu untuk menyerangnya. Setiap serangan yang datang, dia tepis dengan mudah. Tangan mencengkam pergelangan tangan lelaki yang bertubuh gempal itu sebelum kaki panjangnya terus menendang perut lelaki itu dengan kuat menyebabkan lelaki itu terus terpelanting ke belakang. Kemudian Arjuna menghentam yang lagi seorang. Tidak akan dibiarkan penyangak-penyangak ini lepas dengan mudah selepas apa yang mereka cuba buat dengan Tiara tadi.

"Neo geunyeoege museun jitirado haryeoneun geoya? Geunyeoege museun jitirado haryeoneun saenggageul hagi jeone, naega ne son-eul bureoteuril geoya! (Berani kau nak apa-apa kan dia? Sebelum kau berani nak apa-apa kan dia, aku patahkan tangan kau!)" Jerkah Arjuna dengan kuat dan dia terus memijak tangan lelaki itu menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan.

Buk! Buk!

Arjuna melepaskan tumbukan sekuat hati sebelum dia menarik tubuh kedua-dua lelaki itu berdiri dan menolak mereka dengan kasar supaya pergi dari situ.

"Ggyeojyeo! Dasineun neohui eolgureul bogo sipji anha! (Berambus! Jangan sampai aku ternampak muka kau orang lagi lepas ni!)" Arjuna memberi amaran dengan wajah yang cukup tegang dan merah padam.

Kalau dia lambat sampai tadi, tak tahu apa yang akan terjadi dengan Tiara. Patut lah hatinya begitu kuat mahu mengekori Tiara dari jauh tadi. Kedua-dua lelaki itu terus bertempiaran lagi pergi dari situ.

Arjuna hela nafas panjang sebelum dia berlari mendapatkan Tiara yang masih terduduk bersandar di situ.

"Tiara, kau okay ke?" Soal Arjuna sedikit risau. Lengan Tiara disentuh perlahan.

Tiara hanya mengangguk perlahan. Dia dah merasa sedikit tenang berbanding tadi.

"Mari, aku teman kau balik ke market" Arjuna terus memegang lengan Tiara untuk membantu Tiara berdiri.

"Terima kasih. Awak tak apa-apa ke?" Soal Tiara pula. Risau juga kalau Arjuna ada tercedera ke apa.

"Aku okay. Kau jangan risau"

"Macam mana awak boleh berada dekat sini?" Mereka terus berjalan menyusuri laluan pejalan kaki untuk kembali semula ke Dongdaemun Market.

"Kebetulan je aku lalu dekat sini tadi. Aku dengar bunyi bising sebab tu aku datang tengok. Tak sangka pulak aku yang kau dalam kesusahan. Macam mana kau boleh terlibat dengan penyangak tu tadi?"

"Tadi saya nampak dorang ugut seorang budak lelaki. Rasa macam sindiket curi yang mempergunakan kanak-kanak untuk buat kerja jahat tu. Sebab rasa tak puas hati, saya pergi lah dekat nak dengar perbualan mereka. Nasib tak baik, tertangkap pulak"

"Lain kali jangan buat tindakan macam tu. Bahaya" Pesan Arjuna tegas. Mereka sudah masuk ke dalam kawasan Dongdaemun market.

"Mana rombongan kau?" Soal Arjuna sambil memerhati sekitar kawasan.

"Tu kat sana" Tunjuk Tiara.

Kak Zura yang masih duduk di tempat tadi terus mendapatkan Tiara sebelum dia sedikit terkejut melihat Kapten Arjuna berjalan bersama dengan Tiara. Eh? Tiber je.

"Hai Kap..."

Serta-merta Arjuna terus memberi isyarat 'jangan bongkarkan identiti dia' kepada Kak Zura. Kak Zura pula, cepat je sel-sel otak dia berhubung sebelum dia mengangguk perlahan sambil ukir senyum. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke ni? Hmm, kena jadi detektif nampak gaya nya ni. banyak tanda tanya yang timbul dekat kepala dia sekarang. Tiara Arjuna, Tiara Arjuna. Fuh! Bila tengok kedua-dua pasangan tu berdiri sebelah-menyebelah, memang sepadan. Dah macam retis Korea pun ye jugak.

"Tiara, Tiara okay ke ni? Kenapa nampak pucat je ni? Err ni siapa?" Soal Kak Zura pura-pura tidak kenal dengan Arjuna.

"Saya okay kak. Tak ada apa-apa. Ni Arjuna, aa...err..." Tiara garu kepala. Tak tahu nak kenalkan Arjuna sebagai apa.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now