Tiara meronta-ronta kecil cuba untuk melepaskan diri dari pelukan yang hangat dari belakang tubuh nya itu. Dia tidak suka diperlakukan sesukahati begini. Semakin dia menguatkan rontaan, semakin Arjuna kemaskan pelukan. Dia tidak mahu Tiara berlalu pergi secepat ini disaat dia baru saja meluahkan rasa hatinya tadi.
"Lepaskan saya! Awak buat apa ni Arjuna!" Tiara mendongkol geram.
"Please Tiara, stay still" Pinta Arjuna perlahan. Dagunya ditongkatkan ke bahu Tiara. Helaan nafasnya kedengaran agak laju dan kencang.
"Jangan buat saya macam ni. Saya tak suka!" Tiara masih berkeras dengan pendirian nya.
"Aku maksudkan apa yang aku kata tadi Tiara" Arjuna jarakkan tubuh sebelum dia memaut kedua belah bahu Tiara supaya menghadap ke arah nya.
Tiara larikan anak matanya. Tidak sudi hendak memandang Arjuna setelah dia mendengar pengakuan yang tiba-tiba itu tadi.
Arjuna mencari anak mata Tiara bila Tiara tak henti-henti melarikan pandangan nya. Dagu Tiara terus dipaut dan dicengkam lembut.
"Look at me" Arjuna memberi arahan. Anak mata Tiara yang nampak membesar itu ditatap dalam.
"I. LOVE. YOU TIARA ADELIA BT MUHAMMAD" Sekali lagi, Arjuna tekankan ayat keramat itu di depan Tiara.
Tiara kembali tersentak. Jemari Arjuna yang mencengkam dagunya terus ditepis kasar.
"Awak cakap apa ni Arjuna? Awak jangan nak merepek boleh tak?"
"Aku tak merepek. Soal hati dan perasaan bukan perkara yang boleh dibuat main" Arjuna menegaskan. Dia tak main-main soal hatinya sendiri.
"Awak mengigau ye?" Tiara tertawa kecil, namun sumbang kedengaran demi untuk menutup rasa gugup di hatinya.
Riak serius yang terpamer di wajah Arjuna menyebabkan ketawanya terus mati. Dia tak nampak muka Arjuna seperti bercanda sekarang ini. Liur ditelan payah. Tiara mengundur beberapa tapak ke belakang untuk menjarakkan dirinya dari Arjuna. Kepala digeleng berkali-kali.
"Why Tiara?" Arjuna mendekat.
"Stop Arjuna!" Tapak tangan Tiara naik ke atas menghalang Arjuna dari terus mendekatinya.
"Tiara.."
"No! Jangan nak merepek lagi boleh tak!" Tiara cuba untuk mengusir suara Arjuna yang terngiang-ngiang di telinga nya. Tiara terus mengundur dan berlari dari situ.
"Tiara!" Arjuna menjerit dan mengejar langkah Tiara yang sudah menghala ke arah pintu lif.
Tiara tidak mempedulikan panggilan Arjuna. Dia terus saja berlari mengikut langkah kakinya. Dia mahu berada jauh dari Arjuna. Apa yang Arjuna sedang lakukan ini? Tidakkah Arjuna merasa serik selepas hatinya dikecewakan sebelum ini? Tidak masuk akal yang Arjuna boleh meluahkan perasaan cinta kepadanya. Dia bimbang kalau Arjuna terlalu menurut kata hati tanpa berfikir panjang.
Tiara terus menghala ke arah pintu lif untuk turun ke bawah. Dibiarkan saja dulu anak-anak buahnya berada di atas. Nanti dia akan tunggu di bawah saja. Hati yang gusar perlu ditenangkan dengan segera. Arjuna memang buat kerja gila!
Sampai saja di bawah Tiara terus berlari mencari tempat yang sedikit lapang. Tercungap-cungap dia mencuri nafas dan dia menghala ke arah sebuah kerusi yang ada di situ. Duduk dilabuhkan. Jantung nya berdegup kencang kerana terlalu laju mengepam darah. Tapak tangan ditekap ke dada.
Seketika Tiara tersentak bila ada sebungkus coklat menyapa ruang mata. Dia mendongak.
"Coklat boleh mengubati hati yang gusar" Arjuna ukir senyum. Dia labuhkan duduk di sebelah Tiara.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomantikARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...