Arjuna menjengok keluar pondok. Hujan yang tadinya lebat sudah mulai reda. Cuaca semakin bertambah sejuk. Tiara sudah berpeluk tubuh di situ sambil memandang keluar. Biarpun sudah berlapis-lapis pakaian yang dipakai, tetap terasa sejuk mencengkam sehingga ke tulang.
"Hujan dah teduh. Kau nak ke mana lepas ni?" Soal Arjuna sambil bergerak sedikit untuk berdiri di sebelah Tiara.
Tiara melirik jam di pergelangan tangan nya. Tak sedar sudah pukul 6.30 petang sekarang ini. Lama juga dia terkandas di sini.
"Saya nak masuk ke market tu. Anak-anak buah saya semua ada dekat dalam tu. Takut mereka tunggu dan cari saya pula nanti"
"Oh, kalau macam tu jom lah. Aku teman kau" Arjuna menawarkan diri.
"Eh tak payah lah. Saya tahu je selok-belok dekat sini" Tiara menolak.
"Okay" Balas Arjuna sepatah.
"Saya pergi dulu" Tiara terus bergerak keluar dari kawasan pondok itu.
"Jal jinaeseyo, Tiara (Take care, Tiara)" Ucap Arjuna perlahan sambil memerhati Tiara yang sudah melangkah pergi dari situ. Dia ukir senyum simpul.
Arjuna berdiri santai sambil memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket baju kot labuhnya sebelum dia turut melangkah keluar dari situ. Tiara terus berjalan menghala ke arah Dongdaemun Market. Namun entah kenapa dia terasa seperti dia diekori oleh seseorang. Terus dia menoleh ke belakang. Tapi tak ada sesiapa pun dekat belakang dia. Perasaan dia je kot.
Cepat-cepat Tiara atur langkah. Seram pula rasa. Mana la tahu kalau ada orang jahat ke apa ikut dia dari belakang. Dari jauh Tiara melihat Kak Zura sudah melambaikan tangan ke arahnya. Dekat tangan wanita itu penuh dengan beg plastik. Memang shopping sakan nampaknya kak Zura ni.
"Tiara, dah dapat beg tu ke?" Soal Kak Zura bila Tiara sudah berdiri di hadapan nya.
"Dah, ni" Tiara terus menunjukkan beg di tangan nya.
"Alhamdulillah. Macam mana orang nya? Herlok tak?"
"Orang mana?" Soal Tiara tidak faham.
"Yang bagi beg Tiara ni tadi lah"
Tiara hanya angkat bahu. Malas nak mengulas lebih lanjut sebab pertemuan dia dengan lelaki tu bukan nya berlaku dalam keadaan yang manis pun. Jadi tak ada yang istimewanya pasal lelaki tu. Cuma dia baik hati sikit je sebab dah tolong pulangkan beg dia ni. Kalau tak memang dia akan murung seumur hidup.
"Akak dah habis beli barang ke ni?"
"Dah. Sampai tak muat dah tangan akak ni Tiara. Tiara tak ada nak beli apa-apa ke?"
"Oh ada. Nak beli jajan sikit. Akak tunggu sini eh. Saya ke sana kejap"
"Okay. Akak tunggu sini. Tak larat lagi dah nak jalan-jalan ni. Sakit lutut. Dengan sejuk nya lagi. Maklum lah orang dah berusia macam akak ni cepat je penat" Kak Zura mengadu.
Tiara hanya tertawa kecil sebelum dia beredar dari situ. Pengunjung pula semakin ramai memenuhi ruang market. Orang Korea ni hidup mereka sangat teratur. Mereka bukan jenis yang suka membuang masa tidak tentu pasal. Datang ke satu tempat memang dengan tujuan asal mereka. Hanya segelintir saja anak-anak remaja yang akan suka melepak dan berpeleseran di kawasan bandar menjelang waktu malam.
Keadaan sama je dekat Malaysia. Setiap tempat pasti akan ada orang jahat. Jadi memang perlu berhati-hati kalau nak ke mana-mana. Sebab tu Tiara kurang gemar hendak membawa handbag kerana ianya lebih menarik minat pencuri dan penyeluk saku untuk melakukan jenayah.
Ketika Tiara berhenti di kedai yang menjual makanan ringan yang halal untuk dimakan, Tiara terdengar seakan ada bunyi orang bergaduh di kawasan belakang. Ada suara kanak-kanak turut kedengaran.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...