BRIDE 11

5.7K 329 32
                                    

Melihat wajah cuak Tiara, terus meletus ketawa di bibir Arjuna. Dia kembali sandarkan tubuh pada belakang kerusi. Kedua-dua belah tangan disilang ke dada sambil mata merenung wajah kalut Tiara.

"Just joking. Tapi aku suka tengok bila muka kau merah macam tu. Macam tomato masak. Rasa nak cubit-cubit" Arjuna tersengih.

Tiara berdehem kecil sebelum dia bangkit berdiri. "Errr jom lah balik. Dah lewat ni"

"Nak balik dah?" Soal Arjuna pula. Dia turut bangun dari duduk. Dia melihat ke arah luar.

Tiara sudah bergerak ke pintu keluar. Arjuna pantas berlari ke situ dan terus saja menolak pintu kaca itu untuk Tiara. Mereka kemudian melangkah keluar dari kedai speedmart.

"Hujan makin lebat ni Tiara" Arjuna seluk tangan ke dalam poket kot labuhnya. Kesejukan semakin terasa mencengkam sehingga ke tulang.

"Macam mana nak balik ni? Kalau redah hujan mesti basah ni" Tiara dah mula risau.

"Kita tunggu sekejap. Mana tahu hujan teduh kejap lagi"

Tempias air hujan terasa memercik ke kaki. Hujung kasut Tiara dah sedikit basah terkena tempias air hujan. Arjuna terus menarik lengan Tiara mendekat ke arahnya.

"Tempias hujan. Nanti kasut kau habis basah, bertambah sejuk kau nanti"

Tiara pandang hujung kasutnya sendiri. Memang dah sedikit basah. Harap nya hujan ni segera berhenti. Dia dah semakin menggigil sekarang ini biarpun tubuh berbalut dengan kot tebal.

Arjuna sesekali menoleh Tiara yang berdiri di sebelahnya. Nampak Tiara yang sedang menggigil kesejukan. Dalam keadaan begini, mereka memang sangat-sangat perlukan haba untuk panaskan badan. Kalau tak, boleh kejung seluruh otot dan urat saraf nanti.

"Tiara.."

"Hmmm..grrr...."

"Kau sejuk?"

Tiara hanya mengangguk. Bibir pun dah menggeletar kerana sejuk. Asap yang keluar dari mulut pun dah semakin tebal.

Arjuna ketap bibir dan menunduk. Rasanya time-time macam ni, tak apa kot kalau dia nak buat kerja amal sikit. Lantas tangan Tiara yang melekap antara satu sama lain itu ditarik.

"Eh awak nak buat apa ni?" Tiara terkejut bila Arjuna tiba-tiba saja menarik tangan nya.

"Can I?" Soal Arjuna.

"Huh?" Tiara pula tak faham apa yang Arjuna mahukan.

Tidak mempedulikan muka blur Tiara, glove di tangan Tiara terus saja dicabut sebelum Arjuna terus menggosok tapak tangan Tiara dengan kuat untuk menghasilkan haba. Tiara pula sekadar membiarkan bila dia mula merasa sedikit selesa dengan sentuhan itu.

"Okay tak?" Soal Arjuna sambil memandang Tiara.

"Okay sikit. Terima kasih"

Arjuna ukir senyum sebelum dia memakaikan kembali glove ke tangan Tiara.

"Kalau kau bini aku, aku buat lebih dari ni tau untuk bagi kau rasa panas" Arjuna tayang sengih miang.

Dan dan mata Tiara terus cerah dan terbuka luas mendengar kata-kata Arjuna yang agak tak bertapis itu. Terus meremang bulu tengkuknya. Makin lama dia lihat Arjuna ni, makin jelas ketara perangai nakal dan miang lelaki ni. Eeiii!!! Seram mak!!

"Jom lah balik. Dah lewat ni" Tiara segera keluar dari kawasan speedmart. Dia terus saja berjalan ke depan meninggalkan Arjuna di belakang. Namun telinganya jelas menangkap bunyi ketawa yang terbit dari ulas bibir merah milik Arjuna. Ketawakan dia lah tu agak nya. Huh! Dasar penyakat!

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now