BRIDE 6

5.3K 289 11
                                    

Bas yang membawa kumpulan Tiara sudah sampai di hadapan N Hotel. Kesemua penumpang terus turun dari bas dan masing-masing meregangkan otot-otot untuk seketika. Cuaca terasa sejuk walaupun ada cahaya matahari yang memancar dari atas sana. Tiara sudah siap mengenakan kot tebal di tubuhnya. Mereka kemudiannya terus membawa bagasi masing-masing masuk ke dalam lobi hotel.

Tiara terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk menguruskan urusan check in semua anak-anak buahnya.

"Annyeonghaseyo, i myeongdane chekeuinharyeogo hamnida (Selamat pagi, saya nak check in untuk senarai nama ni)" Kertas yang mengandungi senarai nama peserta itu dihulurkan kepada pekerja kaunter.

"Annyeonghaseyo, jamsimanyo (Selamat pagi, sekejap ya cik)" Pekerja wanita separuh abad itu terus saja mengambil kertas yang dihulurkan oleh Tiara sebelum dia menyemak di dalam sistem komputer.

Tiara setia menunggu di situ sambil melihat buku catatan nya. Ada dua buku yang dia bawa. Satu lagi buku untuk aktiviti di Pulau Jeju nanti. Bila dia teringat akan hal itu, terus beg galas di belakang ditanggalkan.

"Eh, kenapa zip ni terbukak? Aku lupa tutup ke? Harap tak ada lah barang yang tercicir ni" Tiara terus meletakkan beg galas di atas lantai. Mahu mencari buku catatan yang dia simpan dalam satu lagi beg kecil berwarna coklat gelap.

Habis diselongkar, tapi dia langsung tak jumpa beg yang dicari. Kerutan risau di wajah sudah jelas terbentuk kerana dalam beg kecil itu juga dia menyimpan kunci skuter dan beberapa keping kad bank nya berserta benda paling berharga untuk dia. Gambar kedua arwah ayah dan ibunya. Serasa mahu menangis saja sekarang ini Tiara rasakan. Mana pergi nya beg tu? Tercicir ke? Mana dia nak cari? Takkan tertinggal dalam pesawat tadi. Kalau tertinggal, memang takkan jumpa lagi dah tu nampak nya.

Tiara terus terduduk di situ. Hilang segala semangat nya mengenangkan beg kecil yang sudah hilang.

"Tiara, kenapa ni?" Kak Zura menghampiri Tiara bila dia melihat Tiara terduduk di atas lantai di hadapan kaunter.

"Beg kecik saya hilang kak. Tak tahu tercicir dekat mana"

"Hilang? Ada barang penting tak dalam tu?" Soal Kak Zura sambil duduk bertinggung di hadapan Tiara.

"Ada. Banyak benda penting dalam beg tu kak. Lagi pun saya kan tak bawa handbag. Memang saya simpan semua dalam beg galas ni. Jadi beg kecil tu nanti je yang saya akan bawa kalau keluar jalan-jalan. Ni saya tak tahu nak buat apa lagi dah ni"

"Aduh, yeke Tiara. Macam mana ni. Kita nak cari kat mana? Boleh jadi tertinggal dalam flight, tercicir dekat airport atau dalam bas ke. Cuba pergi cari dekat dalam bas kalau ada"

"Ha, ye kak. Saya cari dulu. Harap nya ada tercicir dalam bas. Ni cek kak, kalau dia minta untuk bayaran nanti" Sekeping cek diserahkan kepada kak Zura. Tidak menunggu lagi Tiara terus saja berlari ke arah tempat parking yang disediakan untuk bas di seberang N Hotel.

Dan ketika Tiara sudah melepasi bangunan N Hotel menghala ke tempat parkir bas di seberang sana, teksi yang dinaiki oleh Arjuna baru tiba di hadapan bangunan hotel.

"Dochakhaessseumnida, seonsaengnim (Dah sampai, encik)" Pemandu teksi itu memandang Arjuna melalui cermin pandang belakang.

"O, algessseumnida. Gamsahamnida. Yeogi gyeoljeimnida (Oh, okay. Terima kasih. Ini bayarannya)" Arjuna terus menghulurkan beberapa keping duit kepada pemandu teksi itu dan dia terus saja melangkah keluar dari perut teksi. Pemandu teksi itu pula sudah berlari ke bahagian belakang kereta untuk membantu mengeluarkan bagasi milik Arjuna.

Selepas mengucapkan terima kasih, Arjuna terus mengheret bagasinya masuk ke dalam bangunan N Hotel. Dia perlu check in terlebih dahulu dan dia dah tak sabar hendak menukar pakaian nya sekarang kerana dia masih lagi dalam uniform kerjanya.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now