2 minggu kemudian..
"Tiara, Madam Tan panggil"
Tiara yang sedang sibuk menyediakan segala dokumen untuk pelancong yang bakal dibawanya untuk destinasi seterusnya, menoleh ke arah Maya yang terjengol di muka pintu bilik pejabatnya. Kertas-kertas yang bertaburan di atas meja kerja terus disusun dengan kemas sebelum dia melangkah keluar dari bilik pejabat untuk berjumpa dengan Madam Tan.
Pintu kayu berwarna putih bersih itu diketuk perlahan sebelum kedengaran suara Madam Tan menyuruhnya masuk.
"Come in Tiara" Pelawa Madam Tan sambil memandang ke arah Tiara yang berdiri di muka pintu.
Tiara angguk dan melangkah masuk. Kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan di hadapan Madam Tan.
"Ada apa Madam?" Soal Tiara sambil melihat ke arah sebuah fail berwarna putih di atas meja Madam Tan.
"Ni schedule you untuk next 2 days. Destinasi seterusnya adalah Tokyo" Lantas fail putih itu dihulurkan ke arah Tiara.
Tiara terus saja mengambil fail putih itu lalu diselak perlahan. Tiara meneliti senarai nama pelancong yang bakal dia bawa melancong ke Jepun nanti. Ada 10 orang semuanya. Kemudian kepala di angguk sekali bersama senyuman kelat menghiasi bibirnya selepas dia melihat senarai nama pelancong itu tadi.
"All right Madam Tan. Nanti I akan aturkan apa yang perlu"
"Ha one more, untuk trip kali ni semuanya melibatkan golongan VIP. So nak tak nak kita kena beri layanan first class pada mereka nanti" Ujar Madam Tan lagi.
Tiara angguk lagi. Kenapa kalau golongan yang berpangkat ni, perlu diberi layanan first class? Penting sangat ke darjat dan pangkat tu?
"Okay Madam.
"Memandangkan kerja you sangat berkualiti tahun ni, and I sangat berpuas hati menerima komen-komen positif dari pelancong yang you bawa, so I decide nak naikan gaji you nanti. End of this month I cadang nak buat annual dinner untuk semua staff kita"
"Wahh!! Betul ke ni Madam? Ya Allah.. Thank you Madam. Ada apa-apa lagi tak?" Gembira tak terkata Tiara sebaik saja mendengar berita gembira yang disampaikan oleh Madam Tan itu tadi. Alhamdullillah, rezeki dia melimpah ruah tahun ini.
"Ya betul. I nak hargai segala penat lelah you Tiara. Tak ada apa-apa lagi buat masa ni. You boleh keluar"
"Thank you Madam. Thank you so much" Tiara terus saja minta diri dan keluar dari bilik pejabat Madam Tan. Kaki kemudian melangkah kembali ke bilik pejabat nya untuk menyambung tugasan nya yang tergendala tadi. Senyuman tak lekang dari ulas bibirnya. Gembira benar hatinya hari ini.
Fail putih itu diletakkan ke atas meja. Duduk dilabuhkan, namun dia kembali teringat senarai nama pelancong itu tadi. Apa yang menggusarkan hatinya adalah sebaris nama yang turut terselit di situ. Mirwan Maliki Bin Tan Sri Ilham. Kenapa mesti dia gunakan khidmat agensi ini? Perlu ke dia nak pergi ke Tokyo di bawah agensi pelancongan sedangkan setahu dia Mirwan ni dah puas mengelilingi dunia tanpa perlukan khidmat pemandu pelancong.
Tubuh disandarkan ke belakang kerusi. Sekarang dia dah tak boleh nak fokus buat kerja. Sudah dua minggu berlalu selepas kali terakhir dia menerima pesanan dari Arjuna. Sampai ke hari ini Arjuna memang benar-benar menghilangkan diri. Langsung tidak dengar khabar berita. Hatinya sarat menanggung rasa rindu. Masuk minggu ini sudah 2 minggu mereka langsung tidak bertemu lagi. Tiara mengeluh kecil.
Dipaksa juga diri untuk menghabiskan kerjanya hari ini kerana dia tidak suka menangguhkan kerja. Schedule untuk tahun ini agak padat kerana ramai rakyat Malaysia yang hendak melancong keluar negara. Negara yang paling mendapat ranking teratas adalah Korea. Dalam tahun ini saja sudah 2 kali dia ke Korea.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...