"Bie tunggu Bie!!" Anzalna pantas menarik lengan Arjuna.
"Hei! Kau buat apa ni!?" Arjuna merengus marah seraya merentap lengan nya dari pegangan Anzalna.
"Bie, I miss you so much!" Kolam mata Anzalna bergenang. Tak sangka malam ini akan mempertemukan nya semula dengan Arjuna selepas 3 bulan Arjuna terus menghilangkan diri selepas menghadiri majlis perkahwinan nya dengan Mirwan dulu.
Arjuna jungkit hujung bibir. Tidak sudi mahu memandang muka perempuan yang memberi luka di hatinya.
"Berhati-hati dengan kata-kata kau Alna. Jangan terlalu menunjukkan yang diri kau tu murah!"
"Bie! How could you cakap macam tu dekat I!" Terkejut Anzalna mendengar bahasa Arjuna yang berubah kasar. Sedangkan sebelum ini, tak pernah sekali pun Arjuna berkasar dengan nya. Arjuna terlalu lembut dalam melayaninya. Dan adakala memang dia merasakan yang Arjuna terlalu meratukan diri nya sungguh pun mereka berjauhan.
"Kau aspect aku nak cakap macam mana dengan kau? Nak cakap lemah-lembut?" Bidas Arjuna lagi.
"Bie, I tahu salah I Bie. I nak minta maaf. I tak ada niat nak lukakan hati you. I tak ada pilihan Bie. Mirwan pun sama"
"Benda dah jadi, kau nak cakap lagi pun dah tak guna. Apa yang berlaku sekarang, terima saja. Teruskan hidup kau dengan Mirwan dan aku teruskan hidup aku sendiri"
"Tapi I dah mula tak rasa happy dengan perkahwinan ni Bie. I tahu I salah sebab khianati cinta dan kesetiaan you. Tapi I tak dapat nak nafikan yang cinta I pada you tak pernah pudar walaupun I dah berkahwin dengan Mirwan"
"Kau merepek apa ni Alna? Kau sedar tak yang kau tu isteri orang?" Naik seoktaf suara Arjuna akibat terkejut mendengar kata-kata Anzalna yang tidak masuk akal itu.
"Ya I sedar apa yang I cakap. Mirwan pun tahu tentang perasaan I ni Bie. Sebab Mirwan pun mengakui masih sayangkan bekas kekasih dia"
Dan saat itu Arjuna tersentak mendengar kata-kata Anzalna. Penumbuk dikepal rapat. Saat ini wajah manis Tiara menjelma di minda nya. Gigi dan rahang diketap kuat.
"Jangan nak hanyut dengan perasaan bodoh kau tu Alna. Jangan permainkan ikatan perkahwinan yang sudah kau dengan Mirwan bina. Kau fikir selepas kau melukakan hati perempuan lain dengan sikap pentingkan diri kau tu, kau akan bahagia ke? Tak pernah ke kau fikir macam mana perasaan bekas kekasih Mirwan ketika kau merampas Mirwan dari dia dulu? Dan aku pula? Terus jadi seperti orang bodoh yang hanya mampu melihat kau mengkhianati aku!" Saat ini, kemarahan Arjuna sudah sampai ke kemuncak. Dadanya berombak kasar. Sedaya upaya dia cuba mengawal dirinya untuk tidak bertindak berlebihan.
"Tapi I masih sayangkan you Bie. Kalau you nak, I boleh berpisah dengan Mirwan. Tak guna kami teruskan perkahwinan ni kalau dalam hati kami ada orang lain. I nak kita get back semula Bie" Anzalna mahu mencapai jemari Arjuna, namun Arjuna mengelak.
"Stop talking nonsense!" Jerkah Arjuna agak lantang. Tak mungkin dia akan membiarkan Tiara kembali kepada Mirwan sedangkan gadis itu telah menakluki hati nya tanpa diminta.
"I tak merapu Bie. Please Bie.. I still love you..." Sungguh Anzalna terlalu rindu mahu memeluk sekujur tubuh tegap yang berdiri di hadapan nya ini. Namun statusnya membataskan dia untuk berbuat begitu.
"Jangan panggil aku dengan panggilan macam tu lagi. Geli aku dengar. Kisah antara kita dah lama tamat Alna. Dan aku tak cintakan kau lagi" Arjuna berterus-terang.
Anzalna terngadah. Hampir saja dia tidak percaya mendengar kata-kata Arjuna. Tak mungkin Arjuna dah tak cintakan dia lagi sedangkan dia tahu yang Arjuna terlalu cintakan dia sebelum ini.
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...