BRIDE 23

5.2K 345 44
                                    

Dahi Tiara berkerut-kerut bila dia merasakan kepalanya sangat berat bagai kena hempap dengan batu besar. Pantas jemari naik memicit dahi dengan kuat. Perlahan-lahan dia buka kelopak mata dan pandangan nya terasa sedikit silau bila terkena cahaya lampu kalimantang yang tepat menyuluh ke mata nya.

Tiara berdesis sambil memerhati sekeliling. Nampa siling berwarna putih di atas sana. "Aku kat mana ni?" Soal nya perlahan.

"Tiara, Tiara, kau dah sedar" Bergegas Maya menghampiri Tiara yang terbaring lemah di atas katil.

Punyalah kalut dia tadi bila mendengar seakan bunyi kecoh dekat luar. Ingatkan kena serang zombi ke apa, sekali nya dia dengar desas desus orang ramai yang berada di situ kata ada orang pengsan dekat tepi jalan. Ingatkan tak nak ambik tahu, tapi bila dia teringatkan Tiara yang tiba-tiba saja lesap tadi, terus hatinya kuat menyuruh untuk pergi melihat siapa yang pengsan. Sementelah lagi Tiara memang belum makan apa-apa pun sejak pagi tadi.

Sebaik saja Maya meluru ke tempat yang dikerumuni oleh ramai tadi, terbeliak matanya bila melihat Tiara yang pengsan.

"Aku kat mana ni Maya?" Soal Tiara lemah. Dia mengangkat sedikit tubuhnya untuk bersandar di kepala katil. Maya terus membantu.

"Dekat hospital"

"Dekat hospital? Kenapa dengan aku?" Soal Tiara dengan dahi berkerut.

"Kau pengsan lah tadi. Buat jantung aku rasa nak luruh je kau tahu tak" Maya membebel.

"Pengsan?" Serentak Tiara tegakkan tubuh. Dan serta-merta dia teringatkan Arjuna.

"Arjuna?" Tiara melingas sekeliling bilik rawatan itu. Dia tak nampak pun bayang Arjuna dekat sini. Yang ada hanyalah Maya.

"Siapa Arjuna beb? Dari sebelum kau pengsan kau asyik seru nama dia je?" Soal Maya ingin tahu.

"Errr..." Tiara menunduk. Jadi tadi tu, hanyalah bayangan dia saja ke? Dan dan lah mulutnya terus tercebik-cebik mahu menangis. Dia dah gila ke? Sampai macam tu sekali berimaginasi yang Arjuna ada dekat depan dia tadi?

"Kau okay tak ni? Kau nak minum?" Soal Maya sedikit cemas bila melihat Tiara bertukar riak sedih.

Tiara hanya geleng kepala. Terus hilang semangat nya bila memikirkan yang Arjuna tak ada pun sebenarnya.

"Aku nak tidur" Juring mata yang terasa basah di seka perlahan. Tubuh kembali direbahkan ke tilam. Mahu melayan perasaan sebak yang datang bertandang.

"Takpe, kau tidur lah. Jangan serabutkan fikiran tu. Kau ni dah lah makan pun tak tentu, mana nya tak pengsan. Aku keluar dulu. Nanti aku datang lagi. Kau rehat lah" Maya mengemaskan selimut yang menutupi separuh dari tubuh Tiara.

Tiara mengangguk. Dia terus baring mengiring dan membelakangkan pintu wad. Sebaik saja mendengar bunyi daun pintu ditutup menandakan Maya sudah keluar, terus Tiara hamburkan tangisnya. Teresak-esak bagai anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Tiara mengongoi sedih.

Dalam menangis, telinganya menangkap bunyi daun pintu di buka. Mungkin saja Maya yang berpatah balik agaknya. Kot-kot ada barang yang tertinggal. Tidak pula Tiara mahu menoleh dan melihat. Bimbang kalau Maya tengok dia menangis. Tapi kenapa senyap pula ni?

Tiara mengelap airmata yang masih degil mahu mengalir keluar menuruni lekuk pipi nya. Bahunya sudah terhinggut-hinggut menahan tangis. Kenapa dia perlu menangis? Dia menangis untuk apa sebenarnya? Nafas di tarik dalam-dalam. Aku tak boleh nangis lah. Nak nangis buat apa? Nak menangis sebab lelaki buat apa? Bibir di kemam rapat-rapat. Cuba nak kuatkan diri konon nya.

Tapi...

"Iskk..iskkk...iskkkk... kenapa awak muncul macam tu depan saya? Nanti orang fikir saya gila.. iskkk...iskkk..iskkk.." Sungguh, dia tak boleh nak menahan. Memang kena menangis juga.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now