Sampai terpejam-pejam mata Arjuna menikmati samyang yang masih berasap nipis itu. Bila cuaca sejuk macam ni, memang cun sangat lah pekena samyang. Walaupun pedas tahap apa entah, dia layankan saja sebab dia memang penggemar samyang.
Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja, dicapai. Mangkuk samyang yang sudah kosong di tolak ke tepi. Galeri dibuka, video yang dirakamnya tadi kemudian di mainkan. Video Tiara sedang berjalan sambil menunduk. Cuma sayangnya video itu dirakam dari belakang. Kalau dirakam dari depan, mesti cantik. Arjuna tersenyum sendiri. Tak sabarnya menanti hari esok. Berkobar-kobar semangatnya mahu menyertai rombongan Tiara esok walaupun dia sudah berkali-kali pergi ke tempat yang bakal dilawati oleh mereka esok.
Tapi tak mengapalah. Lagi pun dia bukan nya ada perancangan apa-apa pun dekat sini. Sekadar bercuti untuk buang masa, nak jauhkan diri dari gangguan Tan Sri Ilham, dan yang penting dia tak nak melihat muka Mirwan dan Anzalna.
Ting! Ada pesanan yang masuk. Arjuna terus saja melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. Naik nama Nadia di situ.
Hai kapten. You tengah buat apa? Senyap je you hari ni, langsung tak mesej I? - Nadia
Arjuna melepaskan keluhan kecil. Ikutkan hati malas dia hendak melayan kerenah Nadia ni. Nadia memang suka salah faham atas layanan dia walaupun dah berkali-kali dia mengatakan yang mereka hanyalah kawan setugas, tak lebih daripada itu. Jemari terus saja bermain di atas skrin telefon bimbit.
Sorry, I penat sikit. Tu yang tak mesej. You nak apa Nad? - Arjuna
Dia balas pun sekadar nak jaga hati Nadia saja. Tak nak lah nanti kalau Nadia bermasam muka ke apa. Perangai Nadia tu sukar dijangka. Macam cuaca. Sekejap panas, sekejap hujan, sekejap ribut.
I nak you lah. I miss you - Nadia
Telefon terus dicampak ke atas meja. Arjuna mula merasa bengang dengan perangai Nadia. Tak habis-habis nak ungkap perasaan yang entah apa-apa. Tak faham bahasa langsung! Dan dia terus tiada hati mahu membalas mesej Nadia kemudiannya.
Ting!
Arjuna berdecit geram. Apa lagi yang perempuan ni nak? Telefon diambil semula. Dia dah berkira-kira mahu memarahi Nadia kerana menganggu waktu santai nya, namun mata Arjuna juga serta-merta membulat luas bila melihat nama yang terpampang di skrin telefon bimbitnya. Mata terus terkebil-kebil tanda tidak percaya. Wajah yang tadinya nampak bengang, perlahan-lahan bertukar menjadi ceria. Tiara?
Salam, maaf ganggu. Awak dah tidur ke? Saya cuma nak cakap, trip esok diawalkan ke pukul 8.30 pagi atas permintaan rombongan saya. Kalau awak tak dapat ikut, tak pe - Tiara Adelia
Whoah! Ottoke! Laju jemari Arjuna membalas pesanan itu. Dengan muka berkerut-kerut, bibir diketap rapat, macam orang yang sedang melepaskan geram saja lagaknya.
Wassalam. Aku belum tidur lagi. Owh di awalkan ke? Aku okay je. Kau awalkan lepas subuh pun aku on. Hehe. Kau belum tidur lagi? - Arjuna
Kaki Arjuna sudah tidak duduk diam. Asyik bergerak-gerak tanpa henti.
Tiara Adelia is typing....
Ting!
Belum lagi. Baru je nak tidur. Tak sampai hati pulak kalau tak maklumkan dengan awak. Maaf lah ye menganggu awak. Good night - Tiara Adelia
Tiara! - Arjuna
Laju je Arjuna menaip dan terus je tekan butang send. Takut kalau Tiara terus tidur.
Ye - Tiara
Kalau aku suruh kau turun sekarang, kau okay ke? - Arjuna
Turun? Turun ke mana? - Tiara Adelia
YOU ARE READING
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
RomanceARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mir...