𝙱𝚊𝚋 2

31 3 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

BAM!

Terhinjut bahunya saat pintu bilik pejabatnya ditolak kasar oleh seseorang. Berdentum bunyi pintunya saat dibuka. Hai lah anak, boleh patah pintu dia kalau hari-hari macam ni.

Mata kelabu dan biru itu menatap sebal manusia yang dengan selambanya duduk di sofa pejabatnya selepas membuat dia terkejut. Nafasnya dihela kasar.

" Kau nak apa datang sini? Tak kerja ke? " pening betul. Tak senang dia nak buat kerja kalau ada mamat ni.

" Sekarang waktu lunch lah. Kerja apanya? " Aidyn Kashaf Rodriguez membalas acuh tak acuh.

Alpha Zayden William menggelengkan kepalanya. Adalah alasannya.

" Jom la lunch Zay. Aku lapar," ajak Aidyn kepada sahabatnya itu.

" Pergilah makan dengan yang lain. Aku sibuk ni," Aidyn mendengus saat itu yang Alpha berikan sebagai jawapan.

" Ish. Yang lain semua tengah makanlah. Kau je. Workaholic betul," sama aja adik abang. Dua-dua pentingkan kerja daripada makan.

Alpha tak membalas apa-apa. Dia meneruskan kerjanya yang masih tidak siap.

Tok Tok!

Selepas mengetuk pintu dua kali, insan yang merupakan personal assistant Alpha masuk ke dalam bersama beberapa fail yang perlu ditandatangani lelaki itu.

" Ada beberapa kertas lagi kau perlu tandatangan, Zay," ujar Adzrael Haider bagi memaklumkan sahabatnya itu. Memandang Alpha menyuruhnya memanggil dia seperti biasa, dia tak perlu menggunakan kata formal bersama Alpha meskipun semasa bekerja atau semasa mesyuarat.

Alpha angguk sahaja tanpa memandang lelaki itu. Adzrael letakkan fail-fail tersebut di atas meja. Dia kerling Aidyn yang masih duduk di sofa.
" Nak apa datang sini? " soal Adzrael dingin.

Aidyn mencebik. Adzrael ni dari dulu beku. Tak shuka la.
" Jom makan, Rael! " ajak Aidyn terus terang.

Adzrael menggeleng laju.
" Aku makan dengan Zay," tolaknya.

" Alah. Dia tu lambat lagi nak makan. Jomlah," ajak Aidyn lagi tanpa berputus asa.

Adzrael mendengus. Keras kepala betul mamat ni.
" Aku.. "

" Pergilah Rael," celah Alpha tanpa memandang dua lelaki itu. Aidyn tersenyum kemenangan. Dia jungkit sebelah kening kepada Adzrael.

Adzrael pula menjulingkan mata ke atas.
" Kau? "

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now