✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
BAJU kemeja yang berwarna hitam pekat disarungkan pada tubuh selesai membersihkan seluruh badan serta memakai seluar jeans hitam. Kemudian, butang kemeja dibutangkan satu persatu. Tali leher yang berada di atas meja dicapai lalu diikat pada kolar baju kemeja.
Tali leher berwarna merah pekat yang bergaris lurus diikat kemas pada leher. Puas hati dengan hasil tangannya, minyak wangi Dior Sauvage pada leher dan sedikit pada kemeja. Kini, bau minyak wangi tersebut memenuhi segenap ruang.
Selepas itu, kot hitam yang berada pada kepala kerusi dicapai lalu disangkut pula pada lengan sebelum Alpha berjalan keluar dari bilik. Tangga dituruni satu persatu lalu dia melangkah masuk ke ruangan dapur.
Bibir automatik mengukir senyum saat melihat sang isteri yang sedang menghidang makanan di atas meja. Kepala isterinya terangkat lalu turut bertentang mata dengannya. Semakin lebar senyuman apabila Avrin membalas senyumannya.
" Morning, husband! " ucap Avrin mesra dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
" Morning, flower," balas Alpha lembut sambil melabuhkan punggung di kerusi.
Avrin mula menghidangkan makanan buat suaminya. Sandwich telur diletakkan di atas pinggan suaminya sebelum dia turut duduk di kerusi.
" Abang rasa sakit lagi ke dekat kepala tu? " terhenti tangan Alpha daripada ingin mencapai sandwich di atas pinggan miliknya. Lantas, kepala berpaling menatap wajah Avrin dengan mata yang tidak berkelip.
" A.. Apa, Cas? " soal Alpha, ingin memastikan apa yang baru didengar tadi.
Avrin senyum nipis.
" Kepala abang tu sakit lagi? " ulang Avrin lagi dengan senyuman. Riak wajah tidak menunjukkan apa-apa kecurigaan, hanya biasa seperti tiada apa-apa.Namun, Alpha pula yang rasa nak pengsan sekarang. Memang betul-betul tak percaya dengan apa yang baru didengari. Lantas, tangan naik menampar pipinya dengan kuat. Ingin memastikan ini semua bukan mimpi.
" Abang! Kenapa abang ni?? Sakit tu! " Avrin berkerut sambil menarik tangan Alpha yang menampar pipi sendiri lalu tangan mulus itu mengusap pipi putih Alpha yang nampak kemerahan sedikit dengan lembut.
Masih, Alpha tak mengelip mata. Iris coklat cair itu ditatapnya tak mahu lepas.
" Flower .. I'm not dreaming, right? You called me.. abang," perlahan suara itu menutur kata.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...