𝙱𝚊𝚋 10

35 2 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

SEBAIK sahaja tiba di tempat sepupu kecilnya belajar, kereta diberhentikan di tempat parkir. Kemudian, Alpha turun dari kereta dan berjalan mendekati pintu utama Tabika Kemas.

Kelihatan sudah ramai anak-anak murid Tabika Kemas yang pulang bersama-sama ibu atau bapa mereka. Ada juga dua orang guru Tabika yang berdiri di muka pintu pagar dengan wajah yang manis.

Dua guru itu akan senyum dan mengucapkan selamat tinggal kepada anak didik mereka yang berusia 4 hinga 6 tahun.

Bibir itu melorek senyuman lebar apabila kornea dapat melihat susuk kecil yang berdiri di sebelah guru perempuan yang berusia 30-an. Comel sahaja tangan kecil itu memegang jari guru perempuan tersebut.

Tetapi, Hazel Aadhira kelihatan termenung jauh. Lama iris itu menatap ke satu arah.

Alpha juga menoleh ke arah yang sama ditatap oleh Hazel. Senyumannya semakin pudar apabila dapat melihat sepasang suami isteri sedang bergelak tawa dengan anak mereka yang baru sahaja keluar dari Tabika.

Sekarang, baru Alpha tahu apa yang Hazel tatap. Pasti Hazel menatap ibu bapa kepada anak kecil itu. Hazel mesti rindukan mama dan papanya.

Nafas kasar dihela. Dengan langkah yang berat, Alpha meneruskan langkah ke arah guru perempuan Tabika Kemas dan Hazel. Senyuman turut dilorek bagi menyembunyikan perasaannya.

Apabila bertembung mata dengan Cikgu Julia, mereka berdua saling membalas senyuman.
" Tengok! Abang Hazel dah sampai," Cikgu Julia berkata bagi menyedarkan Hazel yang masih termenung.

Hazel mendongak menatap cikgunya sekilas sebelum menatap ke hadapan. Senyumannya yang lebar terus terukir apabila dapat melihat wajah kesayangannya.

" Abang!! " kaki kecil itu berlari mendapatkan Alpha.

Alpha melutut dan memeluk Hazel yang sudah masuk ke dalam dakapannya.
" Hai sayang," Hazel senyum gembira. Dah lama tak nampak wajah tampan ini. Selama seminggu ini, dia tinggal bersama keluarga Adzrael Haider. Itupun kerana Hazel yang nak. Katanya nak luang masa dengan abang Rael dan kakak Mel dia tu.

Jadinya, Hazel tak pernah melihat wajah bakal isteri Alpha, apatah lagi bercakap. Hazel cuma mendengar khabar dari bapa Adzrael iaitu Aaron Hayqayl.

Avrin pula pastinya tak tahu tentang Hazel. Dia langsung tak tahu pun keluarga Alpha menjaga seorang gadis kecil.

" Rindunya abang!! " luah Hazel sambil tersenyum.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now