𝙱𝚊𝚋 41

30 3 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎


SELEPAS tiga hari ditahan di hospital bagi memulihkan diri selepas sedar, akhirnya dia diberi kebenaran untuk pulang. Pada saat ini, dia hanya mampu diam tatkala dirinya dibawa ke rumah entah siapa. Dia juga tak tahu, mengapa mereka tak benarkan dia duduk di rumah mama papa.

Teringat akan mama papa, minda mengimbas kembali memori dua hari lepas. Ada seorang gadis kecil yang datang ke wadnya. Saat datang, gadis itu nampak ceria dan gembira. Gadis itu juga memanggilnya 'Abang Zay'. Tetapi, memori tentang gadis itu langsung tak hadir.

Membuatkan dia tak kenal dengan gadis kecil itu. Setelah dia katakan perkara itu pada gadis yang bernama Hazel itu, dia nampak terkedu. Dan, Hazel menangis. Mujur sahaja ada mama dan papa yang menenangkan gadis itu.

Dan, dia hanya mampu melihat gadis itu mengalirkan air mata. Tetapi, entah mengapa jauh di sudut hati, ada satu perasaan aneh yang muncul setelah melihat gadis itu menangis. Dan, Alpha tak pasti perasaan apa itu.

Nafas dihela kasar dari kerongkong. Sisi kepala disandarkan pada cermin tingkap kereta. Mata dipejam rapat. Cuba mengusir wajah gadis kecil itu dari minda.

Srett!

Alpha buka kelopak mata setelah kereta yang dipandu Adzrael berhenti. Saat dia panggung kepala, dia dapat lihat sebuah rumah dua tingkat yang agak besar dengan taman mini yang dipenuhi pokok-pokok bunga di hadapan halaman rumah itu.

Dan, di taman mini tersebut dia dapat lihat ada satu pokok kaktus yang sebesar tapak tangan Alpha. Berduri tajam dan tumbuh segar. Ada juga pokok-pokok bunga yang Alpha tak tahu apa namanya.

" Dah sampai! " Aidyn berujar gembira sambil keluar dari perut kereta. Yang lain turut keluar. Kecuali Alpha yang masih berfikir sama ada mahu keluar atau tak. Dia tak percayakan mereka, kerana dia bukan rapat dengan mereka. Mengikut memorinya.

Kepala tertolek ke kiri di saat pintu kereta dibuka oleh Isaac. Alpha kerling pintu itu sebelum dia bertembung dengan iris Isaac. Lelaki itu pula hanya tersenyum dan mempersilakan dia untuk keluar seperti seorang putera.

Alpha keluar dari perut kereta atas arahan Isaac. Hoodie putih yang menutup baju t berwarna cream diperbetulkan. Sebelah tangan yang hanya bengkak kerana IV Drip dimasukkan ke dalam poket hoodie. Sejuk.

Tangan kanan yang berbalut dengan kain kasa serta tergantung itu juga terasa sejuknya angin di sini. Alpha berjalan setapak demi setapak ke hadapan dengan berhati-hati. Kakinya masih sakit, bengkak sedikit kerana kemalangan tempoh hari,  rasa kebas dan urat tegang. Mungkin kerana tidur terlalu lama sebulan ini. 

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now