𝙱𝚊𝚋 40

31 4 5
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

SETELAH Alpha bangun daripada 'tidur'nya yang panjang, lelaki itu hanya mendiamkan diri daripada bercakap. Doktor sudah memeriksa keadaan Alpha, namun beliau tak dapat memeriksa keadaan Alpha sepenuhnya kerana Alpha enggan bercakap.

Jika ditanya, hanya dibalas dengan anggukan dan gelengan. Langsung tak terdengar suara itu bercakap. Itu membuatkan keluarga Alpha dan sahabatnya kerisauan.

Oleh sebab kebisuan lelaki itu, doktor juga tak dapat mengenal pasti di mana sakit Alpha.

Lelaki beriris heterochromia itu sekadar termenung sendirian. Lagian pula, dia seringkali mengerling pintu wad. Seolah-olah sedang menanti kehadiran seseorang. Selang beberapa minit, jika masih tiada yang muncul di dedaun pintu, lelaki itu akan memaparkan riak kecewa walaupun tak jelas riak tersebut.

" Zay nak apa-apa? " Helena menyoal lembut. Berharap Alpha akan mengeluarkan suara emasnya.

Alpha kerling wanita itu sekilas sebelum menggeleng perlahan. Dia kemudian berpaling semula menatap pintu.

" Jangan diam macam ni. Kalau sakit, beritahu," pesan Aldrich yang semakin risau dengan anaknya. Sejak tadi dia perhati iris Alpha yang tak henti merenung daun pintu. Siapa yang anaknya tunggu? Avrin kah?

Alpha hiraukan kata-kata papa. Langsung tak mahu memandang lelaki bergelar bapanya. Dia masih sedang menunggu dengan harapan.

Ktak!

Tegak belakang badan Alpha selepas mendengar kuakan pintu dari luar. Harapnya, ini insan yang dia tunggu. Bibirnya ingin mengukir senyum, tetapi terbatal kerana irisnya menangkap figura yang langsung tak dikenalinya.

Avrin mengatur nafasnya yang laju kerana berlari tadi. Tak sabar melihat sang suami, sanggup dia berlari di dalam hospital ini. Apabila melihat kelopak Alpha yang sudah terbuka, hatinya jadi gembira dan sebak. Akhirnya, penantian selama sebulan lebih ini sudah berakhir.

Astra dan lainnya yang berada di dalam wad tersebut hanya memerhati tanpa ada rasa mahu menghalang. Biarlah sang isteri melepaskan rindu pada sang suami.

" Abang," panggil Avrin sebak. Rindunya dia pada lelaki ini. Kakinya perlahan-lahan mendekati Alpha yang sudah memalingkan wajah ke arah lain. Langsung tak mahu memandangnya.

" Abang? " panggil Avrin lagi. Kali ini, dia sudah labuhkan punggung di birai katil hospital Alpha. Tetapi, kelihatan Alpha bergerak menjauhinya. Nampak tak selesa.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now