✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
ADZRAEL menatap lama belakang tubuh Alpha yang sedang berdiri sendirian di halaman belakang rumah banglo dua tingkat mereka. Sudah masuk sepuluh minit sejak lelaki itu berdiri sambil menatap langit malam yang dipenuhi bintang dan cahaya bulan.
Adzrael bangun dari sofa ruang tamu dan meninggalkan sahabat-sahabatnya yang sedang menonton televisyen. Dia mengatur langkah mendekati jejaka di luar rumah.
" Dah solat? " Adzrael menyoal. Sebesar mana pun masalah kita, jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.
Alpha mengangguk sekali.
" Masih marahkan dia? " Adzrael ajukan soalan.
Kali ini, Alpha senyap dahulu sebelum memberi jawapan.
" Salah ke aku marahkan dia? " Alpha ajukan soalan kembali. Kenapa orang sekeliling seolah-olah tidak bersetuju atas amarahnya terhadap orang yang sudah menyakitinya.
Adzrael menggeleng.
" Tapi, jangan sampai membenci. Dia isteri kau," pesan Adzrael." Dia bencikan aku.. boleh? " sinis Alpha. Dijeling Adzrael yang nampak terdiam.
Adzrael mengeluh kecil.
" Kau cuma kecewa, kau tak benci dia. Aku kenal kau," Adzrael berkata lagi. Amat yakin dengan kata-katanya.Alpha menggeleng sekali. Dia juga tak pasti dengan perasaan sendiri. Namun, jika ditanya bencikah dia pada isteri sendiri.. mungkin dia akan jawab ya.
" Aku dah penat dengan semua ni. Biarlah apa yang nak jadi. Aku dah tak kisah," Alpha berujar, tanpa sedar hakikat diri yang dia sendiri tak tahu. Tetapi Adzrael tahu.
Adzrael senyum segaris.
" Kalau dia mati, kau akan sedih ke? Kalau dia minta cerai, kau nak bagi? " soalnya seperti merendhakan Alpha. Bukan niatnya jahat, dia ingin menyedarkan sang sahabat yang sudah terlalu jauh tenggelam dalam lembah kekecewaan.Alpha terdiam sepi. Tak mampu menjawab soalan itu. Tipulah jika dia kata dia mampu lepaskan wanita yang telah dia cinta separuh mati.
" Percaya cakap aku, kau tak akan mampu bencikan dia,"
Adzrael senyum lagi.
" Aku tahu. Kau penat. Berehat la. Tapi, selepas berehat, kau kena bangkit. Teruskan hidup yang singkat ni," pesan Adzrael berbaur nasihat.
Alpha menghela nafas kasar. Dia tak tahu apa yang patut dia buat. Kepalanya terlalu berat untuk memikirkan segala penyelesaian. Tetapi, apabila dia teringat sesuatu, dia berpaling menatap Adzrael yang masih kekal di sisi.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...