𝙱𝚊𝚋 22

32 2 2
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

ALPHA dan Avrin pulang ke rumah mereka selepas sahaja mereka selesai makan malam bersama di restoran mewah yang telah disewa Astra. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, suasana di dalam kereta tersebut senyap sunyi.

Alpha dapat rasakan Avrin sedang merajuk dengan dia. Tapi, dia biarkan sahaja dulu.

Tetapi, sekarang mereka mahu tidur dan isterinya masih memasang wajah masam. Berkerut kening Alpha melihat perubahan isterinya.

" Cas ok? " soal Alpha sambil memerhati isterinya yang sedang mematikan telefon pintar.

" Ok," sepatah ditanya, sepatah dijawab. Hairan.

" Cas marah abang ke? " Alpha dekati katil saat Avrin sudah labuhkan tubuh di atas katil.

" Tak," sepatah juga yang dijawab. Tambahan, Avrin berbaring membelakangi suaminya.

Alpha senyap. Tiada akal ingin meneka apa yang buat isterinya jadi begini. Alpha labuhkan punggung di atas tilam empuk. Lantas, dia duduk bersila di hadapan tubuh Avrin yang sedang berbaring membelakanginya.

" Kalau sayang ada masalah, bagitahulah abang. Kalau sayang marah abang, bagitahu apa kesalahan abang. Jangan diam.. abang risau tahu?  " lembut suara itu berkata. Langsung tiada aura ingin marah.

" Sayang merajuk dengan abang? "

Avrin masih kekal mendiamkan diri.

" Tak apalah. Abang tidur dekat bilik tetamu. Apa-apa panggil abang, tau," bukanlah niatnya ingin membuat Avrin marah, tetapi dia ingin berikan masa buat Avrin.

Avrin ketap bibir geram. Suaminya ini memang tak perasan ke dia sedang merajuk?

Apabila merasakan sebelah katilnya bergerak, lantas tubuh bangun dan terus lengan suaminya ditarik agar terus berada di situ. Alpha tertolak ke belakang saat ditarik sang isteri.

Terus Alpha pusingkan badan kembali lalu menghadap isterinya yang sedang menayangkan wajah cemberut. Rasa nak tergelak pun ada. Comel sangat la.

" Kenapa ni sayang? Hm? " Pipi putih bersih sang isteri diusap dengan lembut.

Avrin lagi-lagi mencebik. Sedih teringatkan suaminya senyum lebar buat Amelia tadi.

" Kenapa awak senyum dekat Mel tadi? " Avrin utarakan soalan.

Alpha diam tak membalas. Apa yang dia nak balas? Tak boleh brain soalan isteri dia ni.
" Mel kan tegur saya, kenalah senyum," balasnya polos.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now