𝙱𝚊𝚋 7

33 1 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

PELIPIS dahi dipicit lama. Pening kepalanya menghadap semua fail-fail yang bertimbun di atas meja. Alpha menandatangani semua fail-fail itu dari petang tadi sehingga ke malam.

Disebabkan kesibukannya, tak sempat dia ingin melawat sang gadis di klinik.

Kepala disandarkan pada kepala kerusi. Nafas dihela kasar. Langit malam yang dapat dilihat melalui dinding kaca ditatap lama. Ada bulan dan bintang, sangat cantik.

Fail di atas meja ditutup. Pen diletakkan ke dalam tempat letak pen. Akhirnya, kerja sudah siap.

Bermakna, dia sudah boleh pulang.

Alpha berdiri dari kerusi. Kot hitamnya yang tergantung pada kepala kerusi dicapai lalu disangkut pada lengan.

Semasa keluar dari bilik pejabatnya, hanya kegelapan yang dapat menjadi hiasan. Semua lampu sudah ditutup. Termasuk aircond. Butang lif ditekan sebelum dia harus menunggu buat beberapa saat bagi pintu lif itu terbuka.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Alpha masuk dan menekan butang untuk ke tingkat paling bawah. Di mana terletaknya pintu keluar bagi William Airline.

Tak sampai lima minit, Alpha sudah sampai ke tingkat yang paling bawah. Keretanya yang diparkir di tempat parkir kenderaan dituju.

Sebaik sahaja sampai, pintu kereta yang berkunci dibuka menggunakan kunci kereta. Lalu, seluruh tubuh memasuki perut kereta.

Grr!

Lantas tangan menyentuh perut yang berbunyi tadi. Haih, masa-masa inilah nak lapar bagai.

" Lapar," gumamnya sendirian.

Tak lama dia ambil masa untuk memulakan pemanduan. Kereta Audi itu bergerak laju membelah angin di jalan raya yang lengang. Niatnya ingin ke kedai 7 Eleven terlebih dahulu sebelum pulang untuk mengisi perut yang kosong sejak petang tadi.

Kereta diberhentikan di hadapan kedai 7 Eleven. Kemudian, dia keluar dan ingin masuk ke dalam, tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia berhenti. Ada yang pelik, ada yang berbeza.

Kepala menoleh ke kiri, di mana terletaknya satu lorong gelap yang seringkali menjadi tempat bagi penagih dadah, penghisap rokok dan lain-lainnya berkumpul.

" Tolong! Tolong!! Argh! Lepas! "

Semakin lama, suara jeritan itu semakin kuat. Tergerak hatinya ingin menjenguk. Kaki panjang itu laju bergerak masuk ke dalam lorong gelap.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now