✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
SETELAH dua jam berlatih tanpa henti, Alpha akhirnya diberikan rehat oleh abang kembarnya sendiri. Dilatih Astra? Memang satu perkara yang amat tak disukai Alpha. Jika Astra yang latih dia, memang tegas. Silap hari bulan, dia kena smackdown nanti.
Air mineral yang berada di atas meja dicapai lalu diteguk rakus.
Astra labuhkan punggung di sebelah adiknya. Dia ketawa kecil melihat Alpha yang kelihatan amat penat.
" Stamina kau dah tak berapa nak ok. Kena train banyak lagi," ujar Astra.
Alpha mengeluh. Astra pula sekadar senyum.
" Tapi, kau asyik menang bila kita berlawan. Memang tak lupa apa yang Hy dan Zayn ajar, kan? " Astra senyum. Sepanjang tiga hari mereka berlatih dan beradu penumbuk dalam gelanggang, Alpha yang akan menjadi pemenang pada akhirnya.
Alpha senyum kecil. Memang taklah dia lupakan semua itu.
" Aku tak lupa. Tak pernah lupa. Itu saja kenangan yang aku ada dengan mereka," walaupun mereka berdua banyak memberi kenangan pahit buatnya, ada juga kenangan manis dan berharga yang patut disimpan.
Dengan mereka berdua juga, Alpha dapat menjadi seorang lelaki seperti sekarang. Dia dapat jadi lebih matang dan kuat.
Astra mengangguk faham. Dia usap sekali kepala Alpha sebelum dia senyum kecil.
" Tapi, kau tetap perlu berlatih banyak. Kau kena jadi macam dulu! Boleh tumpaskan 100 orang dengan kau sorang, boleh membunuh dalam gelap, boleh... Aduh! Zaydenn! " Astra mengusap kepalanya yang dipukul oleh tangan Alpha. Apahal pula ni?
" Jangan sebut lah. Penat aku dengar," Alpha labuhkan badannya pada lantai gelanggang tersebut. Mata dipejam dengan rapat. Lengan pula menutup dahinya.
Astra menggeleng kecil. Kepala Alpha ditolak sekali. Apa salahnya bergurau senda begini sekali-sekala? Mereka bukannya selalu dapat berjumpa seperti ini.
✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
Ding Dong!
Bunyi loceng yang ditekan dari luar rumah buatkan Avrin berhenti melakukan kerjanya di rumah tersebut. Dia baru sahaja ingin bersiap untuk memasak makan malamnya dan suaminya.
Almaklumlah, dia pulang lebih awal pada hari ini kerana tiada customer yang datang. Tak mengapa kalau dia pulang awal atau datang lewat sekalipun kerana klinik haiwan itu klinik miliknya. Nama pemilik klinik itu di bawah namanya.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...