✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
HARI ini, Alpha pulang lewat. Malahan, sekarang dia masih belum berganjak pun untuk ke parkir kereta. Masih asyik dengan kerjanya sehingga tak sedar sekarang sudah menunjukkan jam 11 malam.
Melihat dada langit yang gelap, Alpha palingkan wajah mengerling jam di tangan. Alangkah terkejutnya dia apabila sekarang sudah terlalu lewat. Isterinya pasti sedang menunggu di rumah.
Fail-fail ditutup lalu disusun di dalam laci meja. Komputer dimatikan lalu Alpha bangun dan menutup suis lampu dengan cermat. Selepas memastikan semuanya sudah dipadam, Alpha berjalan perlahan ke arah lif.
Dalam samar-samar gelap, Alpha melangkah ke dalam lif. Butang yang menunjukkan tingkat paling bawah ditekan lalu dia menunggu pintu tersebut agar terbuka.
Tak sampai lima minit, pintu lif terbuka kembali. Alpha terus membuka langkah keluar dari bangunan tinggi tersebut. Pintu kaca dikuak lalu dia terus keluar.
Selepas keluar, barulah terdengar bunyi hujan lebat yang sedang menitik di atas jalan raya serta atap-atap.
" Allah," langsung dia tak perasan sekarang sedang hujan. Dia pula langsung tak membawa payung.
Serta merta, jantungnya berdebar. Walaupun dia tak berniat untuk memutarkan kembali memori lama, memori tersebut tetap sahaja ingin bermain di kotak fikirannya.
Bam!
Bunyi guruh kedengaran. Alpha berundur ke belakang setapak demi setapak. Nafasnya dihela dengan kasar. Tapak kasut mengetuk lantai berkali-kali, cuba menghilangkan gentar di hati.
Telefon pintar di dalam kocek seluar dicapai. Dia tak mendail nombor telefon kerana memikirkan kemungkinan yang gerangan itu sudah tidur sekarang. Niatnya ingin menelefon Adzrael, tetapi akal fikirannya menghalang.
Terlalu bahaya untuk dia memandu dalam keadaan begini. Lagipula, dia cukup takut ingin memandu dalam hujan.
Alpha berpatah semula ke dalam bangunan, tetapi langkah terhenti saat mengingatkan sang isteri yang sedang menunggu di rumah. Bibirnya digigit dengan kuat. Nafas dihela dengan kasar. Badan kembali berpusing menghadap situasi malam dan hujan lebat.
Nafas cuba diatur agar kembali normal. Mata dipejam seketika bagi mengumpul kekuatan dan keberanian.
Dengan kekuatan yang ada, Alpha meredah hujan yang lebat itu untuk ke keretanya yang terparkir di dalam hujan.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Roman d'amour𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...