✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
SELESAI solat subuh bersama-sama pagi tadi, kelibat sang isteri terus menghilang dari pandangan. Alpha pula, selepas solat subuh tadi dia terus menghadap I-Pad. Kerjanya masih belum siap, jadi dia harus siapkan.
Walaupun dalam cuti sakit, kerja tetap tak dilupakan olehnya. Workaholic betul.
Pen I-Pad diletakkan ke tepi. Iris melirik ke arah jam yang terdapat di dinding. Terus terperanjat dia saat jam tersebut sudah menunjukkan jarum pada 7 46. Setengah jam lebih dia merangka kapal terbang di dalam I-Pad.
I-Pad ditutup kemudian diletakkan di atas permukaan kabinet. Tengkuk yang terasa lenguh diregangkan buat sesaat. Kemudian, Alpha melangkah keluar dari biliknya lalu menuruni tangga untuk ke dapur.
Berniat menjenguk apa yang sedang dimasak isterinya sehingga dia dapat membau aroma harum masakan Avrin di dapur. Semasa dia sampai di dapur, dia dapat lihat tubuh genit isterinya yang sedang berdiri membelakanginya.
Lantas, Alpha mendekati gadis bergelar isterinya itu.
" Flower masak apa? " soal Alpha, menyapa sang isteri yang sedang ralit mengacau isi di dalam kuali non-stick.Bahu Avrin terhinjut apabila ditegur mengejut sebegitu rupa. Kepala dipalingkan dan mendongak memandang sang suami yang mempunyai ketinggian yang sangat tinggi daripadanya.
" Terkejut saya. Saya masak nasi goreng pataya je. Awak ok? " soal Avrin, takut-takut masakannya pagi itu tak menepati rasa sang suami.
Alpha angguk.
" Saya ok je. Tak sabar nak makan masakan awak," senyum Alpha." Kenapa turun? Demam dah kebah ke? Kepala dah ok? " tanya Avrin pula.
" Saya bosan, jadi saya turunlah. Demam.. dah kebah kut. Kepala saya dah tak sakit, cuma lukanya masih ada," Alpha membalas satu persatu soalan daripada isterinya. Buat sesaat, tangan naik menyentuh kepalanya yang mempunyai luka akibat kemalangan tempoh hari.
Avrin mendongak lagi memandang suaminya. Api ditutup lalu Avrin menghadap sepenuhnya pada Alpha. Kaki menjengket sedikit dengan tangannya yang naik menyentuh dahi serta leher dan tengkuk suaminya.
" Hm.. tak demam dah ni," ujar Avrin lega. Suhu badan Alpha sudah menjadi normal.
Alpha ketawa lucu apabila melihat isterinya yang kembali berdiri seperti biasa. Tak berjongket lagi.
" Kenapa gelak? " soal Avrin hairan. Baru sembuh, dah jadi begini.
Alpha geleng kepala.
" Sayang ni pendek sangat lah," usik Alpha dengan senyuman. Kepala isterinya yang tak dibalut tudung diusap lembut.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...