✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
KELOPAK mata dicelikkan perlahan-lahan. Tangan naik meraba-raba tempat kosong di sebelahnya. Tidak terasa ada figura yang sedang berbaring di sisi. Lantas, tangan naik meraup wajah. Rambutnya yang panjang yang menutup wajah diselitkan di belakang telinga.
Tubuhnya yang berbaring kini sudah duduk di atas tilam empuk. Kepalanya menoleh ke sisi kanan, menatap pintu balkoni bilik mereka berdua yang terbuka sedikit. Meskipun ada langsir yang menutup luar balkoni, tetap sahaja kesejukan malam menusuk ke dalam tulang benulang.
Dalam samar-samar kegelapan, irisnya dapat melihat kelibat sang suami yang sedang duduk bersendirian di luar balkoni. Lelaki itu nampak termenung jauh, entah apa yang difikirkan sehingga tak mahu tidur di sampingnya.
Melalui pemerhatian Avrin, bukan sekali dua suaminya tidak mampu tidur malam, malah berkali-kali. Seringkali dapat dia rasakan yang figura di sebelahnya menghilang pada setiap malam.
Hanya sekali Avrin dapat tidur di samping suaminya, iaitu ketika malam hari perkahwinan mereka. Hanya malam itu sahaja. Malam seterusnya, Alpha bagaikan tak mampu tidur pada waktu malam.
Mungkin lelaki itu ada masalah, jadi Avrin biarkan sahaja. Tetapi, apabila sudah masuk empat kali seperti ini, hati isteri mana yang tak risau?
Kedua-dua belah kaki diturunkan dari katil dan mencecah lantai. Avrin bangun dan mula berjalan ke balkoni tersebut. Si suami yang masih leka menatap bulan cerah pada tengah malam itu ditatap Avrin dari belakang.
Agaknya, suaminya masih belum sedar akan kehadiran dirinya di situ.
" Kenapa awak tak tidur lagi? " suara lembut Avrin menyentakkan lamunan Alpha.
Alpha memalingkan kepala lalu menatap Avrin dengan terkejut. Avrin tanpa dipinta, melabuhkan punggung di sisi kanan suaminya. Lembut iris itu menatap ke dalam iris sang suami.
" Hm? Tak boleh tidur? " soal Avrin lagi apabila tidak mendapat jawapan dari mulut Alpha. Iris berlainan warna Alpha yang nampak terang pada malam itu ditatap dengan dalam.
Alpha senyum segaris. Dia menggelengkan kepala.
" Saya bangunkan awak ya? Maaf," Alpha masih senyum.Avrin menggeleng. Alpha salah, bukan kerana dia Avrin terbangun.
" Tak lah. Saya terbangun sebab tak ada suami dekat sebelah. Awak dah tak sudi nak tidur sebelah saya ke? " Avrin menyuarakan apa yang difikirkan semenjak dua menjak ini.Alpha membatu. Tidak menyangka sang isteri akan berfikir sejauh ini. Padahal, dia langsung tak berniat melukakan hati sang isteri.
" Saya lukakan hati awak ke? " perlahan nada Alpha menuturkan kata.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romans𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...