✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
ADZRAEL sudah selesai memasak sarapan pagi mereka berenam, sekarang masa untuk makan. Tetapi, sejak tadi kelibat Alpha masih tak kelihatan. Masih lagi tak turun. Masih tidur, mungkin?
Pagi ini, ringkas sahaja sarapan mereka. Sandwich telur dan spaghetti carbonara beserta dengan air kopi panas. Tetapi, memandangkan Alpha tak sukakan minuman berkafein, Adzrael buatkan lelaki itu air susu.
Susu bagus untuk kesihatan Alpha. Lagipula, lelaki itu dalam proses sembuh. Tambahan lagi, lelaki itu memang sukakan minuman sebegitu.
" Mana ZayZay ni? Tidur lagi? " Aidyn menyoal hairan sambil menyuap sandwich telur ke dalam mulut. Sedap! Masakan Adzrael tak pernah mengecewakan.
" Entah," Hafzyan jungkit bahu.
" Aku pergi tengok kejap," Danial bangun dari kerusi lalu menaiki anak tangga satu persatu. Langkah diatur ke bilik sahabatnya.
Muka pintu diketuk beberapa kali. Apabila tiada balasan, Danial terus membuka dedaun pintu. Kepala menjenguk ke dalam. Gelap. Langsir tak terbuka, lampu tak dipasang. Aircond juga tak dipasang.
" Zayden," panggil Danial.
Dia melangkah memasuki ruangan bilik itu. Kaki ditala ke arah bilik air. Pintu yang tertutup rapat diketuk dua kali.
" Zay! Kau ada dekat dalam? " soalnya. Namun, tiada balasan. Tiada kedengaran apa-apa pergerakan di dalam.
Danial perlahan-lahan membuka dedaun pintu. Dengan harapan, sahabatnya ada. Jika lelaki itu menghilang, entah apa yang akan terjadi lepas ini.
Dan, apabila dia buka pintu, bilik air kosong. Tiada kelibat Alpha. Lantai shower juga kelihatan kering seperti tak berguna. Begitu juga dengan sinki yang tidak meninggalkan sebarang sisa air bagi menandakan sinki telah digunakan.
Pada saat itulah, jantung Danial bagai direntap kasar. Risau dan gelisah kerana sahabatnya tiada di mana-mana.
Danial menuruni anak tangga satu persatu dengan laju. Ruang makan dituju dan bersedia memberi khabar berita kepada yang lainnya.
" Zayden hilang! " laung Danial tatkala dia berada di muka pintu ruang makan.
Aidyn yang sedang meminum air, tersedak. Terbatuk-batuk dia kerana air yang terasa perit di tekak. Wajahnya kian memerah. Hafzyan pula sedaya upaya cuba meredakan Aidyn.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...