𝙱𝚊𝚋 13

26 1 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎




ANGIN petang yang hanya sepoi-sepoi bahasa menampar lembut batang tubuh Avrin yang sedang berdiri di balkoni bilik. Sejak tadi, hanya dia yang berada di situ. Suasana di sini sangat-sangat nyaman, tiada gangguan langsung. Rumah iiran-jiran semuanya terletak beberapa tapak jauhnya dari rumah banglo milik suaminya ini.

Avrin sukakan tempat ini iaitu balkoni. Avrin suka kerana di sini dia dapat melihat langit yang cantik dengan jelas. Meskipun baru pertama kali duduk lama di situ, ketenangan sahaja yang menghuni diri.

Lamunan Avrin menghilang apabila merasakan ada tangan yang memeluk pinggangnya. Selain itu, deruan nafas hangat kedengaran di bilah telinga. Lembut gerangan itu merehatkan dagu di atas bahunya.

Buat entah berapa saat, tubuh Avrin benar-benar kejung. Tak mampu bergerak. Namun, apabila dia ingin membantah, suara garau itu mula kedengaran.

" Shh.. Let me help you," ujar suara itu dengan lembut.

Pada masa itu, barulah tubuh Avrin akur. Dibiarkan sahaja tangan itu memeluk tubuh kecilnya. Walaupun begitu, dia langsung tak memegang tangan yang memeluknya. Avrin masih memerlukan masa.

Dan, Avrin faham benar dengan kata-kata suaminya tadi. Jelas yang suaminya itu ingin membebaskan dirinya dari dihurung oleh trauma yang kian bertandang dalam diri. Trauma terhadap lelaki. Itulah yang Alpha ingin ubati dalam diri Avrin.

" I'm your husband right, my flower? " suara gemersik itu membisik lagi.

Lagi-lagi, tubuh Avrin kaku. Hatinya akur, namun jantungnya tetap berdegup kencang. Entah ini perasaan apa.

" Why flower? " Avrin ubah topik.

Alpha tersenyum kecil.
" Because you are like flower. Beautiful, pretty, and you make me feel calm. When I see flower, my heart will be calm. But, when I see you, my heart will be more calm. So, you are my flower," terang Alpha dengan lembut.

" Awak tak kisah saya panggil awak macam ni, kan? " soalnya lagi. Takut-takut Avrin tak suka.

Namun, gelengan Avrin membuat hatinya yang gundah disapa tenang.

" You said that you want to help me. So, i don't care. You are my husband.. after all," balas Avrin dengan jujur.

" Boleh saya tanya awak sesuatu? " Avrin bersuara lagi apabila mereka berdua hanya diam menyepi.

Alpha mengangguk membenarkan.

" Hazel tu.. anak siapa? Boleh saya jumpa ibu bapa Hazel? " soalnya tanpa mengetahui apa-apa.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now