✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
ADZRAEL masuk ke dalam bilik CEO tersebut selepas mendapat kebenaran daripada atasannya iaitu Alpha. Adzrael berdiri tegak di hadapan Alpha dengan wajah yang kosong seperti biasa.
" Cik Veronica nak meeting dengan company lagi," sampai Adzrael tanpa berdolak-dalik.
" Bila? " soal Alpha.
" 8 malam," balas Adzrael menurut jadual yang telah tertulis di skrin Ipad.
" Malam? " Adzrael angguk. Veronica yang ingin adakan meeting mereka pada waktu malam.
" Kau pergi," arah Alpha akhirnya.
" Dia nak kau pergi. Kalau kau tak pergi, dia akan cancel semua projek dia dengan kita," jelas Adzrael menurut yang dipesan PA Veronica iaitu Andy.
Alpha diam sejenak. Keluhan kasar dilepaskan. Akhirnya, Alpha mengangguk.
Selepas kelibat Adzrael hilang dari pejabatnya, Alpha capai telefon pintar dan terus nencari nombor sang isteri. Tak sampai seminit, panggilannya sudah diangkat oleh wanita tersebut.
" Assalamualaikum suami saya! Kenapa call ni? "
Alpha senyum mendengar suara ceria itu. Ceria lah boleh tengok haiwan comel setiap masa, bukan macam dia.. menghadap kertas dan skrin je.
" Waalaikumussalam bunga abang. Abang rinduu," sengaja dia menggedik sebentar.
" Ee, mengada. Tapi, Cas rindu abang jugaa,"
Alpha senyum lebar.
" Sayang dah makan? " sempat dikerling jam sebelum dia tanya soalan itu. Sekarang memang waktu lunch." Baru on the way nak makan. Abang dah makan? "
" Hm.. belum," balasnya ringkas.
" Jangan lupa makan, abang! Nanti sakit," pesan wanita itu.
" Ya sayang," sahut Alpha meleret.
"Flower. Abang balik lewat hari ni tau? Abang ada meeting lagi malam ni pukul 8.. " Alpha memberitahu dengan berat hati.
Diam. Isterinya tak balas apa-apa.
" Dekat mana? "" Wandstoria," balas Alpha.
Diam lagi.
" Hotel? Buat apa meeting dekat restoran hotel? " soalnya curiga.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...