✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
" WOOHOO!! " Aidyn bersorak dengan keriangan. Tangannya masih lagi menekan punat senapang. Dengan itu, ramai yang telah tumpas dengan tembakan rambang tersebut.
Setelah keadaan di hadapan lengang kerana musuh yang telah tumpas, Aidyn lemparkan sebuah senyuman sinis. Senapang dilemparkan jauh ke tepi kemudian dia melompat serta berjalan seperti kanak-kanak riang mendapat lolipop.
Satu persatu mayat di atas lantai ditilik dan diperiksa satu persatu. Hal itu diikuti oleh Hafzyan dan Isaac. Manakala Danial dan Adzrael di bahagian bangunan lain untuk menumpaskan musuh.
Kaki Aidyn menolak tubuh yang terlentang di atas lantai. Saat melihat dada lelaki itu yang mempunyai kesan tembakan sebanyak tiga kali, wajah menunjukkan riak suka.
" Argh! Lamanya tak buat kerja-kerja ni! Sakit pula pinggang aku ni. Woi, Saac! Balik nanti urut aku! " pinta Aidyn tak tahu malu.
Isaac menjeling tajam.
" Banyak cantik kau," katanya kasar sambil mengambil sehelai kertas yang terjuntai keluar dari poket baju mayat lelaki di tepinya.Isaac menyapu sedikit habuk yang terdapat pada kertas tersebut sebelum membukanya dengan berhati-hati. Sebelah kening ternaik setelah memerhati isi kertas tersebut. Ianya merupakan sebuah peta.
" Guys! " Isaac yang memanggil membuat Aidyn dan Hafzyan mendekati.
" Apa? " Hafzyan menyoal. Dia ambil kertas yang dihulurkan oleh Isaac.
" Aku rasa tu peta bangunan ni," ujar Isaac dengan yakin. Berdasarkan struktur bahagian peta itu, ia memang sama dengan tempat mereka berpijak sekarang.
" Kejap. Apa dia tulis tu? " Aidyn mengecilkan mata, cuba membaca tulisan cakar ayam yang ditulis di sisi kana peta. Tulisan itu kecil sahaja, oleh kerana itu mereka perlu mendekatkan wajah pada kertas tersebut.
" 9? Perem..puan mati? Tuan J? " Hafzyan menyebut dengan kehairanan. Apa maksudnya?
Aidyn dan Isaac berfikir sejenak sebelum Isaac memetik jarinya dengan wajah yang baru mendapat ilham.
" Oh!! Aku faham! Sembilan malam, bunuh perempuan tu! " terang Isaac dengan yakin.
Aidyn menepuk tangannya dengan kagum. Isaac memang begini, apa yang orang tak faham, lelaki itu sentiasa faham.
" Bijak, Saac, bijak," pujian Aidyn berikan. Buat Isaac rasa bangga.
" Tapi, siapa? Perempuan mana? " soalan Hafzyan membuatkan mereka senyap seketika.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...