𝐁𝐚𝐛 47

22 2 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

" ASSALAMUALAIKUM," suara garau yang memberi salam menghentikan perbincangan mereka. Mereka semua yang berada di dalam memandang Taufiq tak lepas.

Taufiq menjongket sebelah kening. Kenapa semua pandang dia?

" Woi mat hijau! Kau tahu tak ni tempat apa? " Aidyn menyoal.

Taufiq menoleh sekeliling sebelum menjawab.
" Markas? "

Aidyn mengangguk, mengiyakan.
" Terbang segala syaitan dalam bilik ni lepas kau bagi salam," ujarnya selamba.

Taufiq menggelengkan kepala. Ada-ada ja. Dia labuhkan punggung di kerusi kosong. Kemudian, dia memandang pula papan skrin yang memaparkan gambar seorang lelaki yang diambil secara senyap beserta gambar penjara lelaki itu.

" Siapa ni? " soal Taufiq ingin tahu. Dia memandang Astra di hadapannya.

" Arjuna Zirdan William. Berusia 35 tahun. Pernah masuk penjara pada usia 19 tahun kerana terlibat dengan dadah," terang Astra secara ringkas. Melihat gambar lelaki bergelar bapa saudaranya itu, hatinya membara.

" So? " Taufiq menyoal lagi, tak faham dengan apa yang Astra ingin dia lakukan.

" Dia nak bunuh Zayden. Jadi, aku nak kau jaga Zayden. Kalau ada yang cuba buat apa-apa yang mencurigakan, tangkap dan bawa dia ke sini," Astra menjelaskan secara terperinci.

" Okay," Taufiq akur sahaja. Memandangkan mereka ini kumpulan yang membantu pihak kerajaan membanteras jenayah, dia tak kisah membantu.

Lagipula, atasannya sudah memberikan kebenaran untuknya bekerja bersama mereka ini. Jadi, tiada masalah untuk dia bersetuju.

" Ada apa lagi? " soal Taufiq. Jika tiada apa, dia ingin pulang.

Astra menggeleng. Taufiq angguk, tetapi dia masih tak bangun kerana Astra yang bersuara.

" Kejap, Taufiq,"

" Ya? "

" Welcome to White Cobra," 

Taufiq senyum sebelum mengangguk sekali. Gembira kehadirannya dialu-alukan di situ meskipun dia pernah bermusuhan dengan Astra. Tapi, dia pasti Astra tak kisahkan hal lama. Lagipula, mereka bermusuh bukan kerana dendam atau apa.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

" Dia tu punca abang Hyden dan kak Ariana mati! Saya tak mengaku dia sebagai anak saya! "

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now